Sunday 5 October 2014

Home » » Bagaimana Kenali Jenis Tangisan Bayi

Bagaimana Kenali Jenis Tangisan Bayi

tangisan bayi

Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi untuk menyampaikan pesan kepada ibu bapanya atau orang sekeliling. Yelah, bayi kecil lagi mana tahu bercakap kan. Bila lapar menangis, bila mengantuk menangis, bila kencing/berak menangis, bila panas menangis. Pendek kata menangis itulah cara bayi bercakap.

Tapi bagi ibu bapa atau orang sekeliling, agak sukar untuk menentukan apakah kemahuan bayi tersebut kerana satu-satunya bahasa yang bayi gunakan adalah menangis. Dr. Richard Woolfson dalam bukunya bertajuk "Your Child's Body Language" menyatakan bahawa setiap tangisan bayi mempunyai erti serta pesan yang berbeza.

Sebenarnya terdapat cara untuk mengenal pasti jenis tangisan bayi. Ibu bapa harus memerhatikan dengan teliti gerak geri serta nada tangisan bayi.

👉 Tangisan lapar
Bayi akan menangis berulang-ulang. Bayi menangis kemudian berhenti sekejap untuk menarik nafas, kemudian sambung menangis, kemudian berhenti menarik nafas, kemudian menangis lagi dan seterusnya sehingga kehendaknya dipenuhi.

👉 Tangisan lampin basah
Bayi akan menangis perlahan yang kemudiannya akan menjadi semakin kuat. Jika diperhatikan bayi juga akan menggeliang geliut di tempat baringnya.

👉 Tangisan badan sakit
Bayi akan menangis dengan nada yang tinggi, hampir seperti menjerit. Kemudian bayi akan termengah-mengah pada saat menarik nafas dan menjerit lagi.

👉 Tangisan bosan 
Bayi akan menangis lebih kepada seperti berteriak untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya. Tangisannya akan berterusan selagi mana bayi merasa bosan.

👉 Tangisan penat/ingin tidur
Bayi kebiasaannya akan merengek sambil kepalanya terangguk-angguk. Bayi juga adakalanya menggosok-gosok matanya.

👉 Tangisan kesunyian
Walaupun masih kecil, bayi sudah mengerti maksud kesunyian dan ingin ditemani. Tangisannya akan kedengaran sangat menyedihkan.

Inilah secara ringkas bagaimana cara untuk mengenal pasti jenis tangisan bayi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu bapa dan membantu menjadi ibu bapa yang lebih baik.

BAGAIMANA CARA ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

shaklee online ordering system

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. saya sangat risau sekali kalau bayi saya menangis ....kalau baby menangis saya akan cepat-cepat bagi susu dan lihat apakah dia buang air atau apa2 masalah......sayang sangat dengan baby...sampai dia menangis pon sya risau..^_^

    ReplyDelete