Setiap ibu bapa pastinya ternanti-nantikan saat si anak mengucapkan perkataannya yang pertama. Lebih bahagia dan indah lagi jika perkataan pertama si anak tersebut merujuk kepada ibu bapa sendiri sebagai contoh panggilan ibu, ayah, mama, papa dan sebagainya.
Namun apabila si anak mula berusia 2 tahun dan masih belum bercakap pastinya sedikit sebanyak merisaukan ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil lain yang sebaya terlebih dahulu bercakap sedangkan si anak tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bercakap.
Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenarnya si anak bercakap lambat (late talkers). Namun penyelidik bersetuju bahawa anak yang bercakap lambat biasanya:
- mempunyai sejarah ahli keluarga yang bercakap lambat
- merupakan bayi lelaki
- dilahirkan pra-matang
- dilahirkan dengan berat badan yang kurang
- kurang interaksi antara anak dan ibu bapa
- terlalu didedahkan dengan gajet atau alatan elektronik
- mempunyai masalah pendengaran
Ibu bapa harus memerhatikan penggunaan kosa kata yang sesuai bagi peringkat umur anak seperti berikut:
❤️ kanak-kanak berumur 18 bulan
❤️ kanak-kanak berumur 18 bulan
- menggunakan sekurangnya 20 perkataan berlainan jenis seperti kata nama (contohya ayam, emak), kata kerja (contohnya makan, mandi), kata sendi (contohnya atas, tepi), kata sifat (contohnya panas, sejuk), kata sosial (contohnya bye, hello).
❤️ kanak-kanak berumur 24 bulan
❤️ kanak-kanak berumur 24 bulan
- menggunakan 100 perkataan dan membina sendiri ayat daripada 2 perkataan yang mudah sebagai contoh "makan nasi", "baju cantik".
❤️ kanak-kanak berumur 36 bulan
❤️ kanak-kanak berumur 36 bulan
- menggunakan ayat yang mengandungi 3-4 perkataan yang mudah dan boleh menjawab soalan mudah seperti "siapa?", "apa?", "mana?".
Sekiranya anak didapati menghadapi masalah lambat bercakap, ibu bapa harus membantu anak dengan:
Sekiranya anak didapati menghadapi masalah lambat bercakap, ibu bapa harus membantu anak dengan:
- selalu berbual dengan anak menggunakan bahasa yang mudah dan ulang perkataan yang sama.
- tunjukkan anak perkataan yang betul. Contohnya jika anak cakap mmm...mmm atau menudingkan jarinya kepada kucing, cakap pada anak "kucing". Secara tidak langsung anak akan tahu apa itu kucing dan sebutannya.
- membacakan anak buku cerita pada setiap hari. Jadikan sesi membaca buku cerita sebagai sesi yang seronok dan ditunggu-tunggu oleh anak.
- pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak mampu mengikutnya.
- jika anak sudah pandai menyebut perkataan yang ringkas seperti "bola", tanyakan kembali dengan perkataan dan ayat yang betul seperti, "Alif nak main bola?".
BAGAIMANA CARA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?
KETAHUI CARANYA DI SINI
Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
Nak latih anak bercakap memang perlu banyak sabar. Tambah lagi kalau anak tu pelat.
ReplyDeletehaah betul tu. n kena kurangkan jugak exposure anak2 pada gajet. bila dah ralit ngn gajet dah tak peduli dah dengan orang sekeliling. ada yang sampai tak reti nak bermain dgn kawan2 yang lain dah.
ReplyDeleteInfo yang sangat bagus ni Fiza. Baby Akmal dah mula bercakap tapi dengan bahasa baby nye, hihi :-)
ReplyDeleteJom Lawat Blog Raikankasih
Haha... anak saya dah 4 orang.. Memang banyak kenangan manis bila mengajar depa berckp.. Lain yang kita ckp, lain yang depa pronoun... Memang kelakar bunyiknya. But alhamdullilah anak-anak saya tak pelat.
ReplyDeletetq 4 good sharing ya...
http://supernifzvitamin.com/cara-nak-ukur-perut-buncit-atau-tidak/
terima kasih perkongsianya. betul, memang kena rajin ajak anak berbual.
ReplyDeleteDulu anak no 1 agak lambat juga bercakap. biasalah dia yang pertama, nak berbual pun dengan kita je lah, xde adik lagi. bila dah 3 tahun belum boleh bercakap, risau juga. nak kata kami jarang berbual, tak juga. jadi saya anggap itu normal, teruskan komunikasi seperti biasa. mujurlah bila dah masuk sekolah 4 tahun, sebutannya makin lancar. Alhamdulillah
ReplyDelete