Wednesday 15 October 2014

Home » » Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Umum tau susu ibu itu adalah yang terbaik buat bayinya. Tiada sebarang susu formula yang dapat menandingi, jauh sekali menggantikan susu ibu. 


kenapa susu ibu penting


Oleh kerana itu juga Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan ibu menyusukan bayi dengan susu badan sahaja dalam enam bulan yang pertama, kemudian meneruskannya sehingga bayi berusia setahun lebih walaupun sudah mula mengambil makanan pejal.

Bagi ibu yang pertama kali menyusukan bayinya, mungkin akan mengalami kesukaran yang adakalanya berpanjangan sehingga membantutkan penyusuan susu ibu. 

Antara masalah penyusuan susu ibu yang biasa ibu hadapi adalah:
  • kebimbangan jumlah susu yang dihasilkan tidak mencukupi buat bayinya  
  • menghadapi kesukaran menyusukan bayi dengan posisi yang betul akhirnya menyebabkan puting payudara sakit dan luka kurang mendapat sokongan dari suami atau keluarga untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  • kurang mendapat sokongan dari suami atau keluarga untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Seiring dengan peredaran masa, kesedaran tentang betapa pentingnya penyusuan susu ibu secara eksklusif kini semakin meningkat. Buktinya, banyak kempen yang menyokong penyusuan susu ibu dijalankan di merata tempat.

Kini, ibu dengan mudah boleh mendapatkan ilmu penyusuan daripada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu mahupun berhubung terus dengan pakar laktasi. Pastinya dengan mendapatkan ilmu penyusuan akan membantu ibu menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

tips menyusu susu ibu

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap kerana mengandungi semua nutrien yang diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat. 

Susu ibu pastinya lebih hebat dan terbaik berbanding susu formula atas faktor:
  • mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit.
  • kandungan nutrien susu ibu akan berubah mengikut keperluan bayi semasa membesar.
  • membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan minda serta imuniti bayi terhadap jangkitan.
  • membina ikatan istimewa dan lebih mendalam antara ibu dan bayi.

Tempoh penyusuan susu ibu hanya akan berlaku sekali dalam hayat bayi, maka jangan dilepaskan peluang tersebut. Pastinya ibu tak mahu melepaskan saat indah tersebut bersama bayi tersayang. 


BAGAIMANA CARA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee


Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment