Tuesday, 25 September 2012

Khasiat Vivix Shaklee Untuk Lambatkan Penuaan Sel

Khasiat Vivix Shaklee Untuk Lambatkan Penuaan Sel

Penuaan kini diertikan sebagai – penuaan sel-, tidak lagi digambarkan oleh sel yang semakin berusia. Malah berusia itu tak semestinya ‘tua’. Ini kerana kita boleh tengok orang muda2 pun dah nampak macam orang tua… baik dari segi rupa mahupun kesihatan.
 
Penuaan itu bermula dari sel kita. Sel yang mengalami penuaan ialah sel yang mula rosak kerana perkara2 seperti stress, diet yang malnutrisi (samada kurang atau terlebih!) dan toksin dari alam sekitar kira.
 
Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi meningkatkan tekanan biologi sekaligus menjadi salah satu faktor penuaan sel.

Tahukah anda bahawa semakin kita meningkat usia, bilangan dan fungsi mitochondria, yakni ‘kilang penghasilan tenaga’ dalam sel kita semakin menurun, menyebabkan tenaga sel semakin berkurangan. Ia menjadikan metabolisma kita semakin menurun.
 
Dan setiap hari, sel-sel tubuh kita diserang oleh berjuta2 radikal bebas yang merosakkan DNA sel kita. Kerosakan sel juga boleh disebabkan oleh pengumpulan AGE (aadvance glycation end products) yakni hasil tindakbalas sel protein dengan gula.
 
Badan kita secara semulajadi menghasilkan radikal bebas, yakni ekzos dari tindakan metabolisma sel.. dan tubuh kita juga ada antioksidan semulajadi. Namun disebabkan perkara2 di atas, badan kita dah tak cukup antioksidan semulajadinya bagi melawa radikal2 bebas perosal sel tersebut.
 
Maka dengan itu kita perlukan antioksidan yang bagus dari pemakanan kita.
 
Dan ini hasil kajian bertahun Shaklee. terhasillah Vivix, yang mempunyai resevratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resevratrol semata-mata.
 
Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!
 
Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti memperlahankan proses penuaan sel dengan 4 cara:
  • - meningkatkan sistem pertahanan sel
  • - meningkatkan tenaga sel
  • - memperbaiki sel
  • - mengoptimumkan potensi sel

Apa lagi yang menarik tentang Vivix?
  • - Ia adalah natural – tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa dan pengawet.
  • - Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali dari resevratrol semata2 dalam memperlahankan penuaan sel.
  • - Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • - Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.
 
Dapatkan Vivix hari ini.. Untuk anda, ibu, bapa, mentua, adik, kakak, abang… Hubungi saya untuk offer menarik Vivix.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Di Sebalik Supplement – Tidak Semua Sama

Di Sebalik Supplement – Tidak Semua Sama

Pernahkan anda berjalan2 di farmasi sekitar mencari-cari bekalan supplemen? Atau berdiri di tepi jalan dan seseorang merapati sambil mengiklankan sesuatu berupa supplemen? Atau mendapat email tentang suplemen yang bagus untuk kecantkan anda?
Supplement, atau dietary supplement adalah istilah yang digunakan untuk produk yang mengandungi satu atau lebih dari bahan-bahan di bawah:-
  • Vitamin
  • Mineral
  • Herba
  • Asid Amino
  • Sebarang bahan lain

Tujuan supplemen adalah untuk menambah baik nutrisi dalam diet sesetengah golongan dan BUKAN UNTUK MENGGANTIKAN DIET SIHAT.

Berlainan dengan ubat (dadah), DCA, KKM, FDA atau mana2 badan yang mengawal produk2 seumpamanya tidak mempunyai undang2 yang ketat untuk produk makanan tambahan. Sebelum apa2 ubat dipasarkan, FDA akan memastikan ia telah menjalani ujian klinikal untuk memastikan keselamatan, keberkesanan serta interaksi dengan ubatan lain. Tapi tidak untuk supplemen.. Pengeluar hanya perlu menghantar laporan yang mengesahkan produk mereka selamat untuk diambil oleh manusia, serta:
  • Tidak mengandungi bahan2 tercemar seperti toksin, bakteria, pestisid, kaca, plumbum dan lain2 bahan berbahaya.
  • Mengandungi apa yang disenaraikan dalam Bahan-Bahan pada label.
  • Dipakejkan dengan baik.
  • Dibuat daripada bahan2 yang diuruskan dengan baik.

Walaubagaimanapun, pengeluar suplemen tidak perlu membuktikan produk mereka selamat dan berkesan.
Oleh kerana itu kita banyak dapati suplemen2 palsu yang dijual merata2. Yang dicampur dengan macam2 agar pengguna merasai ‘kesannya’.
Dan keluarlah kes-kes seperti ini:
shaklee online
Berhati-hatilah memilih suplemen.. Jangan teruja dengan testimonial. Testimonial pun boleh tipu!
Kerana itulah saya benar-benar yakin dengan Shaklee. Shaklee adalah sains, bukan testimonial.
Link di bawah membantu mereka yang mencari sains di sebalik Shaklee:

Buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan anda!


credit to MommyLyna
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Risiko bayi yang tidak diberi susu ibu

Risiko bayi yang tidak diberi susu ibu

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:


1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.


2. Diabetes

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.


3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.


4. Masalah pernafasan

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.


5. Jangkitan telinga

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.


6. Kanser

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.


7. Jangkitan saluran pencernaan

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.


8. Keberkesanan vaksin

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)


9. Perkembangan rahang dan otot muka

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.


10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 19 September 2012

ALAHAN MAKANAN

ALAHAN MAKANAN

Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak-kanak boleh mendapat gatal-gatal kulit, lelah resdung, cirit, muntah-muntah dan sebagainya setiap kali mereka makan bahan-bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan (food allergy). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi, malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi. Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu, janin dalam rahim mereka aktif dan menendang lebih kuat daripada biasa. Ini reaksi terhadap sesetengah jenis makanan. Alahan makanan berbeza dengan masalah penghadaman. Antibodi boleh dikesan di dalam darah seseorang yang mengalami alahan makanan.
Kes alahan makanan memang pernah juga di temui di klinik kanak-kanak. Tetapi, kanak-kanak yang mengalaminya tidak semestinya menunjukkan alahan terhadap bahan-bahan yang sama. Ia berbeza antara seorang kanak-kanak dengan kanak kanak lain. Penyakit alahan seperti lelah, resdung, mata merah dan gatal-gatal kulit sering dialami. Berikut iailah satu contoh riwayat kes kanak -kanak yang mengalami alahan.

KES

Arif dilahirkan normal, cukup bulan, dalam keadaan baik dan beratnya 3.2kg. Ibunya telah memberinya susu badan sehingga dia berusia dua bulan. Berat badanya naik dengan memuaskantetapi apabila ibunya mula bekerja semula, Arif telah diberikanformula susu tepung lembu kerana ibunya tidak berupaya memberinyasusu badan lagi. Dua minggu selepas pemberian susu formula tepung, bibir Arif mula kelihatan kekeringan dan kemerah-merahan. Kulit badannya juga mula kelihatan kering sehingga kebahagian lampin. Dia lebih kerap membuang air besar dan najisnya pula kelihatan lebih cair. Ibunya telah membawa dia berjumpa doktor tetapi ubat yang dibekalkan agak kurang nyenyak tidur, sering terjaga di waktu malam dan menangis berpanjangan. Dia selalu batuk -batuk terutama padawaktu malam. Dia juga kerap muntah pada waktu siang hari. Adakalanya, mulutnya kelihatan merah sewaktu menyusu. Dia juga tidak bergitu berminat untuk menyusu. Walau bagaimanapun, dia tetap sihat dan aktif dan menunjukkan tahap perkembangan yang memuaskan. Ayahnya dan kakaknya menghidap penyakit lelah. Doktor menasihatkan ibunya supaya tidak memberi Arif susu tepung lembu selama dua minggu dan menukar kepada susu protein soya. Selang beberapa hari sahaja Arif kelihatan lebih riang daripada biasa. Kulitnya tidak lagi terlalu kering dan tidak lagi batuk atau muntah-muntah pada waktu malam. Tidurnya lebih nyenyak dan berat badanya juga naik dengan memuaskan.

Sebulan kemudian, ibunya telah memberinya susu tepung lembu kembali. Masalah lamanya berulang kembali. Dia kurang minat menyusu dan kulitnya mula kering serta menjadi menjadi merah. Sekali lagi ibunya dinasihatkan supaya memberi Ariff susu kacang soya. Keadaannya berubah menjadi lebih baik. Tanda-tanda ini berulangkembali apabila si anak itu diberi susu tepung lembu dengan tidak sengaja oleh pembantu rumahnya dan reda semula apabila pemberian susu tepung dihentikan. Ibu bapanya semakin yakin yang anak mereka memang alah pada susu lembu dan mereka lebih berjaga-jaga agar anak mereka tidakdiberi makanan yang mengandungi bahan-bahan daripada susu lembu.
Riwayat di atas merupakan satu contoh kes kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Selain susu lembu, ada bahan-bahan makanan lain yang merupakan unsur alahan bagi sesetengah kanak-kanak. Setiap kali bahan-bahan alahan itu dimakan, timbullah reaksi gatal-gatal, hidung berhingus, batuk dan muntah, cirit dan sebagainya. Lazimnya, si ibu yang memerhatikan dengan teliti pemakanan anaknya akan dapat mengagak bahan-bahan makanan yang tidak serasi dengan si anak.
Antara bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah telur, daging, udang dan bahan awetan.
Penyakit-penyakit lain juga boleh mengakibatkan tanda-tanda yang sama seperti yang dipamerkan oleh mereka yang menghidap alahan makanan. Umpamanya seseorang kanak kanak yang cirit-birit dan muntah-muntah berkemungkinan terkena keracunan makanan (food poisoning) , penyakit cirit- birit akibat jangkitan kuman atau reaksi alahan (allergic reaction) terhadap bahan makanan.

Bagaimana hendak mengenal pasti alahan pada bahan pada makanan ?

Seseorang doktor yang menilai dan memeriksa bayi atau kanak-kanak perlu sentiasa memikirkan kemungkinan berlakunya alahan makanan jika si anak itu menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah ini :-
· Selsema, batuk-batuk, merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut.
· Ekzema kulit, gatal-gatal kulit.
· Kurang subur, sering muntah-muntah dan cirit serta perut buncit .
· Sentiasa resah, tidak nyenyak tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif.
Tanda-tanda yang sama boleh juga terdapat pada berbagai-bagai jenis penyakit lain. Seseorang doktor boleh mengesyaki kemungkinan berlaku alahan makanan dengan mengambil riwayat yang terperinci dari ibu bapa tentang kaitan di antara bahan-bahan yang di makan dengan tanda-tanda yang ditunjukkan. Kanak-kanak yang memepunyai riwayat seperti Arif mungkin mengalami alahan makanan.
Adakalanya, agak sukar untuk mengenal pasti bahan makanan yang menyebabkan alahan kerana si anak mengambil berbagai-bagai jenis makanan. Satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan jadual makanan harian yang tidak mengandungi bahan-bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan melihat sama ada tanda-tanda alahan itu reda atau berkurangan setelah kanak-kanak tersebut mengambil bahan-bahan makanan itu selama satu atau dua minggu. Ibu bapa sendiri boleh mengesyaki bahan-bahan makanan yang tidak serasi dengan anak mereka. Kadangkala, si anak sendiri tidak mahu mengambil sesuatu jenis makanan, seolah-olah sistem badannya tahu bahawa bahan-bahan tersebut tidak sesuai baginya.
Adakalanya pula, doktor menggunakan ujian kulit (skin tests) untuk mengecam tanda-tanda berlakunya alahan makanan. Ujian darah seperti IgE, RAST dan lain-lain boleh membantu memberikan maklumat tentang punca alahan yang dialami oleh kanak-kanak itu.
Kadangkala, seseorang anak itu disyaki alah terhadap beberapa jenis makanan. Dalam keadaan ini, si ibu perlulah menyediakan makanan khas. Bantuan serta nasihat pakar kanak-kanak dan pakar diet diperlukan. Dalam tempoh satu minggu , semua bahan makanan yang biasa dimakan oleh anak itu (seperti susu, telur, ayam dan makanan yang mengandungi bahan awetan) akan dielakkan. Si anak hanya akan diberikan bahan makanan segar selama satu minggu. Nasi, daging, sayur dan buah-buahan boleh terus diberikan sedikit demi sedikit. Si anak akan diperhatikan untuk mengesan sebarang tanda alahan. Jika tanda-tanda alahan masih tidak reda doktor pakar boleh membuat andaian bahawa kemungkinan kanak-kanak tersebut telah diberikan bahan makanan yang tidak serasi secara tidak langsung tanpa disedari. Umpamanya, walaupun si anak tidak diberi makan telur, dia mungkin akan tetap menunjukkan tanda alahan jika kuih-muih yang mengandungi ramuan telur diberikan.
Jika tanda-tanda alahan telah reda , bahan-bahan makanan yang biasa dimakannya dahulu bolehlah mula diberikan sedikit setiap hari. Pengambilan bahan-bahan makanan itu ditambah jika tanda-tanda alahan tidak timbul walaupun setelah bahan-bahan itu banyak dimakan , bolehlah dibuat kesimpulan bahawa si anak itu tidak alah terhadap bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan makanan lain pula boleh dicuba denagn cara yang sama. Dengan cara ini, dapatlah diketahui bahan makanan mana yang tidak serasi dengan anak itu.

Masalah penghadaman

Adakalanya, seseorang kanak-kanak itu menunjukkan kurang keserasian terhadap sesuatu jenis bahan makanan sehingga menimbulkan masalah penghadaman. Keadaan ini tidak sama seperti alahan kerana tidak terdapat antibodi dalam darahnya yang boleh menunjukkan dia alah terhadap bahan makanan itu.
Dalam satu majlis jamuan ringan, seorang daripada tetamu telah mengeluh panas badan. Tangannya menggeletar dan dia mengadu sakit perut Sebenarnya, dia tidak serasi dengan bahan monosodium glutamat. Dia pernah menyatakan bahawa dia sering mendapat reaksi ini apabila termakan bahan yang mengandungi monosodium glutamat. Keadaan ini tidak serupa dengan alahan makanan kerana terdapat antibodi seperti yang terdapat pada kanak-kanak yang alah pada susu lembu. Kemungkinan tubuhnya tidak mempunyai enzim atau bahan kimia yang diperlukan untuk proses penghadaman. Ini menyebabkan dia tidak serasi terhadap sesuatu bahan makanan.
Satu lagi contoh ialah kanak-kanak yang tidak serasi dengan gula furktos (fructose intolerance) kerana tubuhnya tidak mempunyai enzim yang mencukupi. Dia tidak serasi dengan sebarang bahan makanan yang mengandungi fruktos. Gula-gula banyak mengandungi fruktos dan setiap kali kanak-kanak itu memakannya, dia akan kurang berasa kurang selesa, loya, muntah muntah atau terpaksa meluahkannya keluar. Satu lagi keadaan yang biasa berlaku ialah gluten intolerance. Keadaan ini biasanya terdapat di kalangan kanak-kanak di barat. Setiap kali diberi makanan ynag mengandungi gluten seperti yang terdapat dalam beras gandum, dia akan mengalami cirit-birit. Jika dibiarkan berterusan, pertumbuhan badannya mungkin tidak akan subur.
Saya pernah juga bertemu seorang kanak-kanak yang tidak serasi dengan minuman oren kordial dan manis-manisan. Dia akan menjadi lebih resah, terlalu aktif dan singkat tumpuan perhatiannya jika memakan bahan-bahan ini secara berlebih-lebihan. Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun sering mengalami sakit kepala jika dia minum coca-cola atau makan burger daging berlebih-lebihan.
Walaupun keadaan ini jarang berlaku, ia tidak sewajarnya dipandang ringan. Jika dapat dikenal pasti, pengambilan bahan-bahan makanan itu boleh dielakkan.

Bagaimana caranya untuk mengelakkan anak daripada mendapat reaksi alahan?

Jika terdapat masalah alahan dalam keluarga, pastikanlah bayi anda yang baru lahir diberikan susu badan. Pemberian susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan si anak mendapat reaksi alahan. Penyelidikan yang dijalankan oleh pakar kanak-kanak di Hospital Universiti telah menunjukkan bahawa jika si anak itu mendapat penyakit cirit-birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya, dia berkemungkinan besar akan mendapat reaksi alahan jika diberi susu yang mengandungi protien lembu. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi-bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak itu. Sebaliknya, mereka menyarankan supaya telur diberikan hanya selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.
Sesejenis maknan yang baru diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang waktu itu, ibu bapa perlulah memerhatikan kemungkinan timbulnya sebarang reaksi seperti kemerah-merahan di sekeliling bibir, batuk-batuk, selsema, cirit, muntah-muntah, gatal-gatal kulit dan sebagainya. Jika timbul sebarang reaksi, makanan yang lain pula boleh diperkenalkan dengan cara yang sama.

Kesimpulan

Ketidakserasian terhadap bahan makanan sering juga dialami oleh kanak-kanak. Seseorang doktor perlu peka tentang kemungkinan berlaku ketidakserasian ini jika terdapat tanda-tanda seperti gatal-gatal kulit, cirit, muntah-muntah, keresahan dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan sesejenis bahan makanan. Suatu jenis makanan mungkin tidak serasi dengan seorang kanak-kanak tetapi tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada kanak -kanak lain. Masalah ini boleh diatasi dengan memastikan bahawa makanan-makanan yang menimbulkan ketidakserasian tidak diberi kepada kanak-kanak yang terlibat. Ubat-ubat tertentu boleh dibekalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan tanda-tanda yang disebabkan oleh ketidakserasian makanan.
credit to Dr Hamid Arshad

------------------------------------------------------------

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan/pesanan.