Monday, 27 August 2012

Shaklee, Breastfeeding Set Pilihan di Bulan Puasa

Shaklee, Breastfeeding Set Pilihan di Bulan Puasa

Penyusuan di bulan puasa kadangkala mencabar bagi sesetengah ibu. Sementara ibu-ibu lain menjalaninya seperti biasa, malah ada yang susu badan makin bertambah, namun ada ibu yang mengalami masalah – susu semakin kurang dan seolah-olah hampir kering.
 
Terdapat pelbagai cara untuk menghadapi dan mengatasi masalah ini:-
  • Ingat, ibu yang menyusukan anak & risau tentang keselamatan anaknya bila susu merudum, dibolehkan berbuka — in this case, stok pun tak ada.
  • Menambah sesi mengepam di waktu siang dan malam.
  • Mengamalkan diet yang tertentu misalnya mengamalkan kurma, air zam-zam, dan sebagainya.
  • Mengambil suplemen semulajadi yang membantu tubuh kekal ‘fit’ semasa menyusukan.

Vitamin Untuk Ibu Menyusu, Antara Pengalaman dan Kajian

Vitamin Untuk Ibu Menyusu, Antara Pengalaman dan Kajian

Menurut Kelly Bonyata, IBCLC yang menulis dalam website KellyMom.com, If you eat a reasonably-well balanced diet, vitamin supplements are not considered necessary for breastfeeding mothers. Bermakna sekiranya seseorang ibu dapat mengambil makanan yang sihat lagi seimbang, vitamin tambahan dikira BUKAN KEPERLUAN semasa menyusukan anak.

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.

Bayi Perlukan Zat Besi

Bayi Perlukan Zat Besi

Sumber: Berita Harian
 
Masalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi antara perkara yang kerap berlaku pada kanak-kanak. Lebih kurang 10 peratus remaja perempuan dan kanak-kanak mengalami masalah kurang zat besi.
 
Masalah kekurangan zat besi bagi kanak kanak berlainan daripada orang dewasa. Selalunya masalah ini disebabkan kekurangan zat besi dalam diet kanak kanak itu, ditambah lagi dengan keperluan zat besi yang lebih untuk tumbesaran kanak kanak. Masalah itu mungkin juga melembapkan perkembangan kanak-kanak terutama yang sedang membesar.
 
Disebabkan masalah perkembangan kanak kanak, adalah penting untuk mengesan dan merawat kanak kanak yang mengalami anemia kekurangan zat besi.