Monday, 28 April 2014

ESP Buat Badan Ibu Hamil Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Mei dah. Sekejap je masa berlalu kan. Rasanya macam baru semalam je masuk tahun baru 2014. 

Bulan Ramadhan pun tak lama lagi menjelma. Mesti ramai yang dok pulun ganti puasa sekarang ni kan. 

Alhamdulillah tahun lepas saya puasa penuh, so kali ni tak perlu ganti puasa pun. Kalau tidak mesti saya adalah salah seorang daripada yang ramai2 dok pulun ganti puasa itu :)

Bila bercakap tentang puasa, pastinya badan akan terasa lemah longlai kan. Yelah, tak boleh makan dan minum sepanjang hari. Hanya berbekalkan tenaga yang kita dapat dari makanan sewaktu sahur. Paling mencabar adalah bagi ibu yang hamil.

So saya nak share satu testimoni dari ibu hamil ni.

soy protein shaklee

"Alhamdulillah saya prgnt ni puasa sahur minum esp + susu mmg bertenaga,rasa lapar pun kejap2 & tpi tetap ada tenaga sampai buka"

Har...memang betul ESP (Soy Protein Isolate Powder) bekalkan tenaga yang sustained iaitu berpanjangan semasa berpuasa. So sangat elok bila diambil pada waktu sahur atau boleh juga diambil semasa sarapan sekiranya tidak berpuasa. 

Nama pun berpuasa, mesti akan lapar kan..yelah tak boleh makan seharian. Tapi pastinya akan rasa bertenaga sepanjang hari. Takdelah rasa lemah longlai je. Nak beribadah pun mudah dan lebih baik bila badan bertenaga kan.

Berminat?

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 25 April 2014

AWAS! Performance Dan Vivix Buat Anda Bertenaga

Eceh tajuk cam saspen je kan..haha...tapi itulah kenyataannya. Baca dulu sampai habis tau :)
En. suami sememangnya gemar bersukan...kalau dulu2 suka main futsal tapi sudah lama berhenti semenjak berpindah dan agak jauh dari kawan2 futsalnya. Lagipun biasanya main futsal pada hujung minggu, so agak susah bila nak plan kemana2.
Maka minat sukannya beralih kepada badminton pula. Bila ada geng semua boleh jadi kan. Memang meriah team badminton en. suami sampaikan mereka bermain dua kali setiap minggu selepas bekerja. 
Eh tak penat ke bila seharian bekerja lepas tu bersukan pulak? Mestilah penat...tapi saya bekalkan suami dengan Performance Drink.
performance shaklee
Har...terliur tak tengok Performance Drink tu? Sedap woo...nak2 lagi bila dibancuh dengan air sejuk...nikmat sungguh.
Performance Drink ni secara ringkasnya berfungsi macam 100 plus tapi lebih baik lagi kerana tiada gas dan gula yang banyak macam 100 plus, malah mempunyai banyak kelebihan yang lain. Performance Drink berupaya mengembalikan kehilangan bendalir dan menggantikan garam dalam badan selepas bekerja kuat atau bersukan. Kami suami isteri juga suka mengambil Performance Drink ni apabila berpuasa.
vivix
Manakala Vivix pula suami ambil sebelum masuk tidur. Vivix membuatkan suami bertenaga apabila bangun di keesokan harinya. So tak adalah lemah longlai nak bekerja kan.
Nak hadiahkan untuk suami tersayang? Hubungi saya sekarang :)
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 24 April 2014

Master Celebration Shaklee Yang Penuh Aura

Pada hujung minggu (Sabtu - 19hb April) yang lepas telah berlangsung majlis Master Celebration mommy Shaklee saya yang tersayang iaitu Master Wan Fatihanum. Master Celebration (MasCel) ini adalah satu majlis yang Shaklee anjurkan khas untuk meraikan kejayaan SID nya yang telah berjaya menaiki pangkat tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Dan tempat untuk majlis ini bukan calang-calang tempat...pastinya di hotel yang bertaraf 5 bintang mengikut pilihan SID tersebut.

Dewan MasCel

Majlis kali ni bertempat di Hotel Pullman Putrajaya. Sesiapa pun yang berminat menghadiri mascel ini sangat2 dialukan untuk dating dan memeriahkan majlis. Nak bawa satu family pun boleh, tiada larangan.

Sebelum majlis bermula kami dijamu dengan set buffet yang sangat menyelerakan. 

Nyum...nyumm..

Banyaknya makanan :)

Family pun boleh join sekali

Okey cukuplah gambar makanan tu, terliur jadinya rasa macam nak pegi balik ke Pullman..haha :)

Selesai acara makan, majlis di dewan pula bermula dengan perarakan para Masters dan diakhiri dengan VIP yang diraikan pada hari itu iaitu mommy Wan Fatihanum dan suaminya.

'Siti Nurhaliza' dan para supporter berarak masuk dewan :p 

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh speaker jemputan, paparan video surprise buat mommy Wan Fatihanum diikuti dengan ucapan yang sangat berinspirasi olehnya.

Video surprise buat Mommy Anum

Ucapan penuh aura dan inspirasi

Sambil2 berMaster Celebration, aktiviti mengambil gambar bersama nanny Shaklee saya iaitu Master Lyna Noh, dan sebahagian dari empayar saya sendiri tidak dilupakan.

With Mommy Anum

With Nanny Lyna

With anak cucu empayar Shaklee

Cuba tengok masing2 dok menggendong anak kan. Pastinya hanya di Shaklee sahaja boleh angkut 1 family tau. Memang bisnes yang sangat2 mesra family.

Mommy Wan Fatihanum ada berkongsi kisah Stokin Putihnya yang sangat legend pada hari itu. Nak tau apakah kisahnya? Akan saya ceritakan dalam entry yang akan datang. Stay tuneeee :)
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 18 April 2014

Capai Financial Freedom Dengan Shaklee

15hb yang lepas kami dapat gaji Shaklee. Gaji atau dalam kata lainnya bonus Shaklee la :) Seronok yang amat sebab tengah2 bulan bonus Shaklee masuk, tiada lagi istilah sesak tengah bulan..tertunggu2 gaji kerja tetap dihujung bulan.

Pastinya anda tertanya2 kenapa saya yang dah ada kerja tetap turut buat bisnes Shaklee kan?

Sememangnya tak pernah terlintas dalam fikiran saya pada mulanya untuk join bisnes Shaklee ni..apatah lagi bila tau yang bisnes Shaklee ni juga MLM. Dan saya sememangnya anti MLM.
 
Pengalaman beberapa ahli keluarga yang terpaksa mengeluarkan modal beribu2 malah terpaksa membuat loan semata2 untuk memulakan bisnes membuatkan saya serik dan tidak berminat dengan mana2 perniagaan MLM.
 
Bukan saja terpaksa mengeluarkan modal yang banyak, malah rumah dipenuhi dengan lambakan produk yang tak terjual...kerana mereka tak pernah diajar untuk menjual produk tapi diajar untuk mencari ahli baru (downline). Baru saja register dah dipesan berkali2 untuk segera mencari downline.

Akhirnya modal yang dilaburkan untuk memulakan bisnes lebur begitu sahaja..sudah la tak dapat pulangan modal jauh sekali untung yang diharap2kan, tapi masih perlu menanggung hutang. Malah ada yang masih belum melangsaikan hutang tersebut sehingga kini. Bayangkan betapa besarnya modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes MLM tersebut.

Perkenalan saya dengan bisnes Shaklee ni bermula daripada seorang rakan yang telah dahulu menyertai bisnes ni. Dek kerana pengalaman pahit ahli keluarga tersebut, saya juga mempunyai prespektif yang negatif terhadap bisnes Shaklee ini.

Namun apabila rakan menerangkan lebih lanjut, saya jadi tertarik kerana bisnes Shaklee tidak memerlukan modal yang besar pun...saya hanya bermula dengan membayar yuran pendaftaran sebagai ahli. Juga, kerana bonus yang kita akan dapat adalah berdasarkan jualan produk yang dibuat, bukan dari penajaan orang (downline).

Maka di sini sudah terang lagi bersuluh bahawa tiada istilah sistem piramid yang sangat sinonim dengan mana2 perniagaan MLM yang lain. Di Shaklee, downline boleh naik mengatasi rank uplinenya. Siapa yang rajin dan berusaha keras, dia akan dapat hasilnya.

Bermodalkan hanya RM75 yang saya bayar sebagai yuran keahlian dulu, kini saya mampu mendapat bonus sebanyak 4 angka bersama Shaklee. Bukan RM40, bukan juga RM400 tapi beribu pada setiap bulan.

Paling bermakna pada saya apabila dapat memberikan sebahagian daripada bonus Shaklee yang saya dapat kepada mak ayah dan lebihkan berzakat. Kalau dulu sebulan sekali pun payah nak berzakat sebab tak cukup.

Bonus Shaklee yang saya dapat pada tiap2 bulan itu juga lah yang saya gunakan untuk melangsaikan hutang kereta dan bil2 bulanan. Manakala duit gaji kerja tetap saya boleh digunakan untuk urusan yang lain.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan gembira dengan pilihan saya untuk menyertai bisnes Shaklee ni.

Berminat menjadi ahli Shaklee? Saya boleh membantu :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 10 April 2014

Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

Sempena bulan promosi Ostematrix ni, saya nak share tentang perbezaan pil kalsium Shaklee ni berbanding pil kalsium jenama lain.
 
Mula2, mai intai sikit rupa Ostematrix ni :)
  
kalsium shaklee
 
Sebenarnya Ostematrix mengandungi bukan sekadar kalsium saja tapi lebih dari itu.
 
kalsium vitamin d

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak akan mendapat 'hormone calcitriol' (juga dikenali sebagai Vitamin D aktif) yang cukup. Apabila badan kekurangan hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada yang seterusnya akan melemahkan tulang-tulang kita.

Jadi amatlah penting apabila anda membeli sesuatu pil kalsium itu, pastikan ianya juga mengandungi Vitamin D.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil Ostematrix adalah:
  • Ibu menyusu, mengandung
  • Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
  • Warga emas
  • Wanita yang mengalami masalah PMS (sakit semasa haid)
  • Mereka yang mengalami kekejangan otot
  • Mereka yang tidak suka/payah meminum susu
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
 
Inilah masa yang terbaik untuk hadiahkan kepada yang tersayang. Duit bukan ukuran jika dibandingkan dengan kesihatan mereka yang tersayang.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.