Sunday, 27 July 2014

Resepi Udang Butter Yang Simple

Sejak beberapa hari yang lepas asyik rasa nak makan udang butter je. Nak berbuka kat luar memang tidaklah. Tau2 jela bulan puasa memang kedai makan asyik penuh je bila waktu berbuka. 

Jadinya kami memang suka berbuka di rumah saja. Lebih selesa dan mudah. Lagipun bila masak sendiri ni lebih terjamin kebersihannya. Jimat pun jimat.

Semalam tercapai sudah hasrat saya untuk makan udang butter yang diidamkan. Resepi yang sangat simple namun rasa yang sehingga menjilat jari.
 
BAHAN-BAHAN
Jalinan telur
- 1/2 bungkus butter
- 2 biji kuning telur (dikacau)

Udang butter
- 1/2 kg udang (digoreng terlebih dahulu dengan sedikit minyak)
- 3 tangkai daun kari
- 5 biji cili api (boleh gunakan apa2 cili mengikut selera, saya sukakan makanan pedas so saya gunakan cili api)
- 1 sudu serbuk kari
- 5 sudu susu cair (kalau tak suka yang berkuah boleh kurangkan sukatan)
- sedikit garam

CARA MEMBUAT:

Mula-mula kita kena buat dulu jalinan telur tu. Ala telur yang halus-halus atas udang butter tu.
1) Cairkan butter dengan api sederhana.
2) Angkat bekas kuning telur yang dikacau, tuang sikit-sikit dalam butter yang panas. Makin tinggi makin haluslah jalinan telur yang terhasil.
3) Kacau dan goreng jalinan telur sampai garing. Angkat dan tapiskan.

Udang butter
1) Dengan butter yang digunakan untuk goreng jalinan telur (dalam 2 sudu), tumiskan daun kari, cili api dan serbuk kari hingga naik bau.
2) Masukkan susu cair dan garam sehingga mendidih.
3) Masukkan udang dan kacau rata.
4) Angkat masuk dalam pinggan dan letak jalinan telur di atasnya.

Tadaaa...sudah siap :)

butter prawn recipe

Haha...sorry lah jalinan telur tu agak perang sebab ralit buat benda lain sampai terlambat angkat :p

Hilang penat memasak bila suami makan udang butter ni dengan penuh selera. Selamat mencuba! 

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 23 July 2014

7 Sebab Bayi Menangis Dan Tips Menenangkan Bayi

Apakah sebab bayi menangis?

Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis.

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan
Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula.

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

5. Saya perlukan rehat
Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Bedungkan dia dan peluk dengan kuat
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

Cuba kaedah urutan
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:
  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.
  • Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  • Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.
  •  
Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 21 July 2014

Shaklee Menyumbang Kewangan Israel Betul Ke?

Sekarang ni isu boikot begitu tersebar meluas, rata-rata ramai yang sudah ada kesedaran untuk memboikot produk yang menyumbang pada Israel, dan antara yang paling nyata adalah Mcdonald. Maka suramlah dan lenganglah Mcdonald dari dikunjungi orang.

Isu boikot ni memang sesuatu yang dipandang serius oleh masyarakat kita apatah lagi sekarang dengan situasi Israel laknatullah menyerang gaza terutama anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa.

Sebelum kita boikot harus difahami adalah adakah kita perlu boikot semua produk yang asalnya dari yahudi atau US  (dimana ia negara yang menyokong Israel) atau kita mesti boikot mana-mana syarikat yang menyumbang pada Israel. Kena betul-betul fahami antara yang menyumbang dengan tidak. Kita tidak boikot sebarang syarikat melainkan dia menyumbang pada Israel hatta kalau dia adalah syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang pada Israel dan ia berhak diboikot. Isunya boikot pada penyumbang, bukan pada keseluruhan negara yang kita anggap menyumbang. Pengertian mengenai boikot ini juga boleh didapati dari penerangan Aqsa Syariff tentang boikot fb.


Jika kemaslahatan untuk ummah lebih daripada perkara negatif yang akan diterima maka itulah dimaksudkan dengan ini. Sebab hakikatnya ramai yang buka mata bila update selalu dibuat melalui jalan fb untuk berita terkini berkaitan apa yang berlaku sekarang. Maknanya kebaikan lebih banyak dari keburukan.

Dalam kes shaklee pula ramai yang takut dan merasakan sebab shaklee adalah produk US maka ia patut diboikot. Untuk pengetahuan, syarikat shaklee dimiliki oleh roger barnet dan beliau bukan yahudi. Dan syarikat ini milik roger, bukan milik kerajaan US. Dan shaklee tidak menyumbang kepada Israel. Tapi ada isu yang timbul iaitu kes seorang bernama Kenneseth yang menyumbang kepada Israel.

Perlu diingat Keneseth adalah seorang SID (shaklee Independant Distributor) dan dia menyumbang kepada Israel atas kapasiti sebagai individu bukan mewakili shaklee secara keseluruhannya. Maka kita tidak boleh menganggap shaklee adalah penyumbang kepada Israel. Sama juga seperti saya menyumbang derma kepada umat islam, ia adalah hasil dari kapasiti saya sebagai individu, bukan dari shaklee. Kerana shaklee membayar bonus pada semua ahlinya dan kita boleh buat apa sahaja kerana itu adalah duit kita. Dan juga kami membayar zakat, ianya untuk umat islam maka tidak boleh dikatakan yang sumbangan itu dari Shaklee kerana ia sumbangan peribadi para SID (shaklee independant distributor)

Sama seperti kita bekerja. Jika dapat gaji seorang pekerja itu melanggan pelacur atau berfoya-foya di pusat hiburan, atau menggunakan duit untuk aktiviti tidak bermoral, ia adalah atas kapasiti sebagai individu, tidak boleh menuduh syarikatnya adalah penyokong maksiat. Atau duit gaji pekerja itu digunakan untuk membiayai Israel, tidak bermakna syarikat itu adalah penyokong Israel. Kerana bukan pendirian syarikat sebegitu, ia tidak boleh menyekat duit yang diterima dibelanjakan dengan cara apa. Mana boleh sekat duit orang kan? Dan kita tidak mungkin dapat kawal duit orang lain kan?



Dalam website keneseth ada logo shaklee ni kan? Maka anda jangan cepat melatah. Ini kerana ia bukan dari shaklee corporation tetapi atas dasar individu. Beliau memberi sumbangan individu kepada Israel, bukan atas dasar shaklee corporation yang memberi dana kepada Israel. Bila kita klik pada lambang shaklee, ia akan membawa kita kepada satu page yang seperti website rasmi shaklee untuk buat order. Perlu diingat itu adalah page individu tersebut sama seperti esell yang diperkenalkan di Malaysia. Boleh klik cara menggunakan esell. Ini bermaksud, jika logo itu diklik, kita akan dibawa ke page peribadinya iaitu personal sales beliau, bukan sales dari website rasmi shaklee.

Marilah kita boikot dengan ilmu. Jika tanpa ilmu kita akan sekadar menjadi ikut-ikutan. Dan kemungkinan akan bermusim sahaja. Apa yang kita perjuangkan adalah penyumbang pada Israel perlu diboikot. Dalam hal ini shaklee memang tidak menyumbang kepada Israel dan produknya juga halal, maka tiada sebab untuk diboikot.

Kenapa perlu makan produk US? Kalau tak ambil tak boleh ke?

Bukan masalah sebab dia produk dari US atau tidak. Tapi sebab ianya adalah supplement yang berkualiti dan dijamin halal dan berkesan. Ia juga melalui research dan berbillion shaklee habiskan untuk r&d produknya. Setakat ini masih tiada pesaing atau setara dengan kualiti dan keberkesannya. Contohnya bila masa kita mungkin boleh boikot? Jika ada dua produk yang sama kualiti dan keberkesanan dan tahap research dan cara pembuatan setanding, maka kita boleh memilih.

Andainya ada supplement dari syarikat Islam yang setanding dan keberkesannya terbukti dengan research dan kualitinya maka masa itu boleh memilih produk Islam. Setakat ini kita masih tiada pilihan yang setara maka tidak salah jika gunakan untuk kebaikan kesihatan kita terutama jika sihat boleh beribadah dengan lebih mudah. Mana lagi penting dapat beribadah dengan lebih mudah sebab tiada lagi sakit lutut misalnya, daripada sanggup boikot tanpa ilmu tapi kita tak dapat apa-apa manfaat.

Macam facebook juga, ikutkan produk kafir kita perlu boikot tapi kenapa tidak boikot? Sebab saluran facebook ini menjadi penyambung dan penyebar terbesar berita tentang peperangan Israel laknatullah ini boleh kita dapati dengan mudah. Bayangkan sumbangan derma mungkin jadi sukar jika tiada hebahan seperti yang dibuat melalui facebook ini. Maknanya sudut positif lebihb anyak dari negatif.

Buka mata supaya isu boikot ini kita boleh ambil dari sisi positif dan releven.Bukan boikot tanpa ilmu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri kerana tanpa asas. Jika manfaatnya lebih pada umat Islam, maka itu lebih perlu diambil kira berbanding dengan keburukannya.

Pada saya tiada salahnya menggunakan produk yang dijamin halal, berkesan dan semulajadi dan ia boleh membantu kesihatan yang lebih baik walau ianya berasal dari US kerana perlu diingat di sana juga ada komuniti Islam, bukan totally negara kafir.

Dan isu berurusniaga dengan kafir juga dibolehkan dalam Islam sepertimana zaman Rasulullah dahulu juga pernah berurusniaga dengan Yahudi.

"Sesungguhnya nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW (Riawayat Al Bukhari).

Kita bukan boikot semua produk yang bersal dari US atau Yahudi, tapi kita bikot syarikat yang menyumbang kepada kewangan Israel. Jelas bukan?

Wallahua'lam.


------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 9 July 2014

Menyesal Join Bisnes Shaklee

Tak pernah terlintas dalam fikiran saya akan aktif berbisnes...MLM pulak tu...memang tak pernah terfikir pun. Nak elak lagi adalah.. 

Sebab dah terbayang2 dalam fikiran kes2 tipikal yang akan jadi bilamana seseorang tu join bisnes MLM. 

Kes terbaru yang dilaporkan akhbar tempatan
Jadinya bila je dapat tau sesuatu jenis bisnes tu MLM, awal2 lagi saya dah pangkah..hehe.

So macamana boleh join bisnes Shaklee ni pulak ye? Haha..sebenarnya masa mula2 dulu saya langsung tak tau yang Shaklee ni pun MLM. Masa tu saya mengikut kawan je. Tapi bila saya dengar penerangan lanjut, saya tertarik nak join.

Saya dapat tau Shaklee ni MLM selepas beberapa bulan saya join. Terdiam jugak masa tu tapi nasib baiklah otak ligat fikir balik. Nak menyesal pun tak guna kan..hehe.

Walaupun Shaklee ni MLM, sepanjang saya buat bisnes Shaklee ni tak pernah berlaku situasi:
  • jumpa dan merayu2 orang untuk membeli barang jualan
  • pergi ketuk pintu rumah orang untuk promote barang jualan
  • merayu2 orang untuk join ahli dengan saya
  • hubungi kawan lama dan ajak keluar sebab nak promote bisnes
  • tipu orang...minta orang join ahli dan keluarkan modal beribu2 ringgit untuk beli stok. Sudahnya simpan bawah katil. 

Semua tu selalu berlaku dalam bisnes MLM kan. Tapi tidak dalam bisnes Shaklee. Saya tak buat macam tu dan tak pernah ajar anak cucu bisnes (downline) saya untuk buat hal yang sama.

Semuanya dengan rela hati nak beli produk dan join member dengan kami. Tak ada istilah paksaan, rayuan di sini hokey :)

Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan bisnes Shaklee ni.

Nak sertai kami?


------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 8 July 2014

Testimoni Vivix: Disahkan Bebas Kanser Tahap 3

Kanser merupakan antara penyakit kronik yang sukar disembuhkan. Biasanya bila seseorang tu menghidap kanser, sukar untuk bebas sepenuhnya walaupun sudah menjalani pembedahan untuk membuangnya. Ini kerana sel kanser boleh merebak kembali dan menyerang sel2 badan.

Dan berwaspadalah bila disahkan terdapat tumor kerana kemungkinan besar tumor tersebut sebenarnya adalah kanser.

Memandangkan bulan ni promo Vivix, suka saya nak share testimoni seorang customer ni yang pada mulanya ada tumor yang kemudiannya disahkan kanser tahap 3. 
Customer ni berjaya bebas daripada kanser tersebut selepas mengamalkan Vivix secara konsisten.

Dugaan demi dugaan dialami, kemudian customer ni disahkan ada cyst di ovari kirinya. Berusaha dengan consume GLA Complex secara konsisten pula.

Kini cyst telah mengecut dan berjaya hamil. Kandungannya pula sudah mencecah 6 minggu. Tahniah dear :) Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin nanti.

Jom kita baca testimoni customer tu.
Testimoni vivix kanser

"Testimoni adik ipar..
december 2012 dia menjalani pembedahan buang tumor sebesar 13cm seminggu sebelum akad nikah. Selepas seminggu nikah dia dikhabarkan berita sedih bahawa tumor tersebut merupakan cancer tahap 3.. die consume vivix selama sebulan.. kemudian hasil check up mendapati dia telah bebas daripada cancer.. bulan lepas dia di khabarkan terdapat cyst sebesar 3.2cm di ovari kiri pula.. berkat consume gla, cyst tersebut telah mengecut dan kini dia dah hamil 6 minggu.."

Berkat usaha dan semestinya dengan izin dari Nya juga, customer ni berjaya sembuh sepenuhnya dari kanser dan cyst. 

Tak salah mencuba, yang penting kita nak cari kesihatan kan.

Jom order secara online sekarang.

Inginkan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli Shaklee. Pembelian 2 botol Vivix melayakkan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 7 July 2014

Cara Dapatkan Duit Raya Shaklee

Masuk hari kesembilan kita berpuasa dah. Nanti sedar tak sedar dah raya dah. Hehe..mood raya sudah mari :D

Bila sebut pasal raya ni, biasanya kanak-kanak lah yang paling gembira kan. Gembira sebab masa tulah nak kumpul duit raya banyak-banyak.
 
duit raya shaklee
 
Bagi orang bekerja pulak, bonus raya lah yang paling ditunggu-tunggu. Bukan untuk kegunaan sendiri, tapi lebih kepada untuk persiapan raya anak-anak khususnya.

Kerajaan pun dah umumkan akan beri bonus raya RM500 kepada penjawat awam beberapa hari yang lepas. Shaklee pun tak ketinggalan tau. 

Kami SID pun ada duit raya jugak, bukan penjawat awam atau kanak-kanak saja ye..hehe. Dan bila dihitung2 duit raya yang Shaklee bagi ni, 4 angka jugak tu. Alhamdulillah terima kasih Shaklee :) 

Bonus bulanan dah tentu-tentulah setiap pertengahan bulan dapat. Memang timing yang tepat lah tu nak shopping baju raya kan. Ditambah pulak duit raya Shaklee akan bagi nanti. Memang meriah kari raya tahun ni. 

Nak dapat duit raya dari Shaklee jugak? Kepada sesiapa yang belum bergelar SID atau Shaklee Independent Distributor, jangan sedih. Masih belum terlambat untuk anda dapatkan duit raya dari Shaklee ni. 

Untuk layak dapat duit raya Shaklee ni, anda kenalah berdaftar sebagai ahli Shaklee (SID) yang sah. Untuk mendaftar ahli Shaklee, anda haruslah menghubungi mana-mana SID yang akan menguruskan pendaftaran. Lebih memudahkan berbanding harus ke branch Shaklee sendiri, beli borang keahlian sebelum boleh mendaftar sebagai ahli.

Anda boleh pilih samada:
- bayar yuran keahlian RM65 seumur hidup ATAU
- dapatkan keahlian percuma dengan pembelian mana-mana produk Shaklee bernilai RM650 ke atas. Produk yang hot adalah pembelian 2botol Vivix.

Nak daftar ahli Shaklee? Jom hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 4 July 2014

Cara Membuat Pembelian Dengan eSell (Shopping Cart Shaklee)

Alhamdulillah bermula semalam Shaklee telah melancarkan feature baru iaitu eSell. eSell ni dalam bahasa biasa yang kita dengar adalah shopping cart. Siapa yang memang sudah biasa shopping secara online memang familiar dengan shopping cart ni kan.
 
eSell membolehkan customer (yang bukan ahli Shaklee) untuk membeli secara online tanpa perlu melalui SID. Hanya klik-klik saja tak perlu nak SMS, call, email, PM dan sebagainya. Anda pun akan terus dapat notifikasi dari Shaklee, tanpa perlu nak bertanya-tanya kepada penjual (SID) lagi. Lebih mudah, pantas dan menjimatkan.

So bagaimana nak buat order secara online tu ye? Boleh ikut steps di bawah ni. Mudah saja, selepas beberapa minit anda dah boleh buat order :)
 
1) Pergi ke mana2 link eSell yang ada dalam blog ini
 
 
 
2) Anda akan dipaparkan skrin untuk order seperti di bawah
 
 
 
3) Anda boleh menukar kuantiti produk yang ingin dibeli di skrin ini.
 
 
 
4) Isikan details. Penghantaran samada menggunakan GDEX atau CityLink.
 
 
 
5) Semak butiran order dan alamat penghantaran sebelum bayaran dibuat.
 
 
 
6) Isikan details payment. Payment menggunakan kad kredit atau debit sahaja.
 
 
 
7) Tunggu sehingga bayaran berjaya dan anda akan dipaparkan skrin seperti di bawah. Seeloknya simpan resit pembelian ini untuk memudahkan tracking.
 
 
 
See? Sangat mudah kan. So dah boleh la start order sekarang. Happy shopping! :)
 
 

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 3 July 2014

Promo Julai - Vivix

Ohoi bestnya promo Shaklee bulan ni - Vivix. Memang ditunggu2 oleh penggemar setia Vivix. 

Dan best lagi, promo ni keluar pada masa yang sesuai sebab tak sampai sebulan lagi nak raya dah kan. Shaklee ni macam tau2 je semua orang nak gojes dan berseri2 di pagi raya. Hanya ambil sesudu teh sehari untuk kesan yang mengujakan. 

vivix promo

Vivix didatangkan dalam bentuk cecair yang rasanya masam2 manis memudahkan untuk menelan. So sangat sesuai diambil oleh mereka yang tak suka/tak boleh menelan pil.

So siapa yang perlu rebut promo Vivix ni?

1) Mereka yang nakkan FREE 1botol Vivix
- Pembelian 6botol Vivix akan layak dapat 1botol Vivix bernilai RM475 secara percuma. Setiap botol Vivix boleh tahan 1-2bulan pengambilan tau.

2) Mereka yang nak jadi ahli Shaklee tapi masih berkira2 nak bayar yuran keahlian RM65
- Pembelian 2botol Vivix melayakkan untuk dapat FREE MEMBERSHIP. Dah jimat dah kan tak payah nak bayar yuran keahlian RM65 tu..duit tu boleh buat shopping tudung raya :)

3) Mereka yang nak membeli produk Shaklee dengan HARGA AHLI
- Berkait rapat dengan point no 2. Once dah jadi ahli opkoslah boleh beli dengan harga ahli yang mana 15-20% lebih murah daripada harga retail. Penjimatan jangka masa panjang tau.

Nak gojes dan berseri2 pagi raya nanti? Mulakan ambil Vivix dari sekarang! 

Untuk order boleh klik link di bawah ni: 

Alternatif lain untuk order adalah dengan hubungi saya sepertimana details di bawah.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 2 July 2014

Padah Mengambil Performance Drink Di Bulan Puasa

Cepat benar masa berlalu. Terasa bagaikan semalam baru saja selesai menunaikan ibadah puasa. Diam tak diam dah setahun dah pun. Alhamdulillah tahun ni diizinkan oleh Nya bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia. 

Harini masuk hari keempat umat Islam berpuasa. Semoga dapat menjalani ibadah puasa disamping menjalani rutin harian dengan lancar.

Seperti biasa bagi mereka yang bekerja, waktu rehat masa berpuasa biasanya lebih pendek dari hari biasa kan. Dan akan penuhlah surau tu sebab ramai yang nak tidur. Mungkin kerana puasa dan tidak dapat makan minum maka tenaga berkurangan dan membuatkan mahu tidur saja.

Situasi yang sama di tempat kerja saya. Tiba je waktu rehat pasti ramai yang akan berduyun2 ke surau untuk tidur. Entah kenapa saya tak terasa nak sertai. Sampaikan ada rakan pejabat yang pelik dan bertanya, "Eh awak tak tidur ke?"

Bukanlah nak kata saya tak puasa ye. Saya puasa tau. Memang terasa berbeza benar puasa semenjak amalkan Shaklee ni. Lebih2 lagi kepada suami yang memang jenis tak bermaya bila berpuasa.

Inilah rahsianya :)  

performance shaklee

Alhamdulillah sejak amalkan Performance Shaklee ni suami lebih bertenaga semasa puasa. Buktinya, Isnin lepas kami ambil cuti dan sejak pagi suami tak duduk diam. Sekejap bersihkan akuarium, sekejap bersihkan sangkar kucing, sekejap bersihkan car porch. 

Berbeza sungguh dengan sebelum kami kenal Shaklee. Jangankan nak buat kerja rumah. Memang akan melepek saja sambil tunggu waktu berbuka. Nak masak untuk berbuka pun payah dan lebih suka membeli di bazar Ramadhan.

Performance sememangnya diformulasikan untuk memberi tenaga dan membantu badan mengekalkan bendalir. Apatah lagi masa puasa tak boleh makan minum kan so badan lebih mudah dehidrate dan lesu.

Sebab itulah Performance hot dan laris di bulan puasa. Minum masa sahur untuk puasa yang kekal bertenaga, minum masa berbuka untuk kembali cergas. Nak beribadah pun lebih mudah.

Nak order? Senang je...klik, klik...zasss Shaklee hantar terus depan pintu rumah anda :)

ORDER SECARA ONLINE DI SINI

Atau anda boleh order dengan hubungi saya seperti details di bawah.
 
------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 1 July 2014

Penjagaan Bayi Baru Lahir: Strategi Bagi Ibu Bapa Yang Tertekan

Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk - namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.

 

Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui

Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.

Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Bayi dilahirkan terlalu awal
Kadang-kala bayi akan dilahirkan dengan lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Bayi tidak cukup bulan mempunyai keperluan khas:
Sekiranya bayi dilahirkan terlalu awal, bayi perlu diberikan penjagaan di Unit Penjagaan Khas yang disediakan untuk bayi yang baru dilahirkan.
Antara masalah yang akan dibincangkan oleh doktor adalah seperti berikut:
  • Masalah pernafasan
  • Memerlukan bantuan untuk mengekalkan suhu badan
  • Masalah penyusuan
  • Kesenangan mendapat jangkitan
  • Episod berhenti bernafas (apnea), dan
  • Pendarahan dalam otak, terutamanya bagi bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 34. Komplikasi jangka masa panjang adalah masalah pendengaran atau penglihatan, dan kelewatan perkembangan atau kelemahan dalam pembelajaran.
Penjagaan kulit bayi - bayi mungkin ada keadaan-keadaan berikut:
  • "Infantile seborrheic dermatitis", yang juga dikenali sebagai 'cradle cap', menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. "Cradle cap' biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, namun mencuci kepala bayi setiap hari menggunakan syampu boleh membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan sisik. Berjumpa dengan doktor jika 'cradle cap' masih kekal atau kelihatan semakin serius.
  • "Diaper rash" merupakan ruam biasa disebabkan oleh menggunakan lampin yang basah dengan agak lama. Ia dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada 'diaper rash'. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.
  • "Miliaria crystallina" atau dipanggil 'milia' adalah benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan pipi. Kebanyakan bayi yang lahir mempunyai 'milia' yang terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung yang kecil berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Kebanyakan kes 'milia' akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.
  • Jangkitan "yeast" adalah ruam berwarna merah terang pada bahagian bawah bayi, atau bahagian lain di mana kulit bersentuhan dengan kulit. Jangkitan "yeast" disebabkan oleh mikroorganisma (Candida albicans) yang terdapat di persekitaran yang panas dan lembap. Ia biasanya dirawat dengan krim antikulat.
  • "Oral Thrush" merupakan satu lagi masalah yang sering terdapat di mulut bayi. Lapisan putih yang biasanya dilihat di bahagian lidah, pipi dan lelangit merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Anda dinasihati supaya membawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.
Mengurut Bayi
Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi.
Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.
Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang.
Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.
Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.
Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.
Faedah-faedah mengurut termasuk:
  • Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda,
  • Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh 'motor skills acquisition',
  • Menenangkan bayi dan melegakan simptom 'colic',
  • Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri, dan
  • Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.