Tak pernah terfikir pun satu hari saya akan terjebak dalam perniagaan MLM...masih saya ingat lagi masa mula2 dulu, ada orang yang mengenali saya bertanya pada ayah tentang bisnes Shaklee yang saya buat.
Terkejut juga saya dibuatnya bila ayah tiba2 bertanya pasal tu. Sebab saya memang tak pernah bercerita pada ayah memandangkan baru saja bermula. Mungkinkah bimbang kerana Shaklee juga MLM?
Bila difikir2kan tak hairanlah kalau pun bimbang. Memang MLM ni sinonim dengan perkara2 negatif seperti kes kejar ahli baru. Yelah, dah kalau bonus berdasarkan penajaan orang, mana tak kena kejar ahli baru kan.
Satu lagi, kes buat loan beribu untuk mulakan bisnes dengan pembelian stok yang banyak. Mereka tak diajar untuk menjual produk, tapi lebih diajar untuk cari ahli baru. Maka tersadailah stok yang dibeli di bawah katil. Untung tak dapat, menambah beban hutang lagi.
Dan lagi satu yang paling sinonim adalah sistem piramid dalam MLM. Yang atas tetap di atas, yang bawah tetap di bawah selamanya.
Sebenarnya kalau nak diikutkan, MLM ni adalah rangkaian pemasaran. Satu bentuk strategi pemasaran yang menitikberatkan networking. Upline dan downline bekerja bersama2 dan saling menyokong.
Sekiranya anda ingin mencuba mana2 perniagaan MLM, pastikan anda kaji dan selidik dahulu. Seeloknya jangan sertai jika perniagaan MLM yang ingin anda sertai mempunyai ciri2 ini:
- perlu mengeluarkan modal yang banyak sehingga perlu membuat pinjaman semata2 untuk mulakan bisnes. Belum apa2 lagi dah kena bayar sejumlah wang yang besar. Kononnya besar modal, maka besar juga lah pulangannya dalam masa yang singkat.
- menyasarkan pencarian ahli baru yang juga perlu mengeluarkan modal permulaan yang banyak seperti point di atas.
- tiada produk yang nyata. Malah produk yang ada atau harganya pun tidak diketahui. Kalau ada pun mungkin setakat 1, 2 produk saja untuk mengaburi mata.
- kiraan bonus yang tidak jelas atau atas kepala. Makin ramai ahli baru yang sertai maka makin banyak bonus yang akan didapati walaupun tiada penjualan produk.
Ramai yang tertipu dengan taktik seolah2 skim cepat kaya ni. Disebabkan nak jadi jutawan segera, nak buat kerja sikit tapi untung banyak, maka tidak peduli lagi sekiranya menganiaya orang lain.
Sebenarnya nak jadi jutawan tu tiada salahnya. Rata2 semua orang nak jadi kaya kan. Tapi janganlah sampai menganiaya orang lain. Bayangkan orang yang sertai memang harapkan dapat wang tambahan, nak langsaikan hutang sedia ada..tapi dah kalau terpaksa buat pinjaman akan menambah lagi beban hutang yang ada. Bukan boleh langsai sehari dua..tapi bertahun2.
Saya dulu pun sama fikirkan semua MLM adalah sama sedangkan tak semua sama. Contoh terdekat adalah bisnes Shaklee yang saya buat ni.
Shaklee juga adalah syarikat yang berasaskan sistem MLM. Tapi MLM Shaklee adalah sistem yang patuh syariah dan adil pada semua.
- bonus berdasarkan penjualan produk bukannya penajaan ahli. Maka sekiranya anda tidak buat sales, tiada bonus yang akan didapati walau berapa ramai pun ahli yang ditaja.
- tiada hidden bonus. Semua bonus yang didapati adalah berdasarkan kiraan yang jelas dan nyata.
- tidak menggunakan skim piramid iaitu siapa yang sertai dulu akan untung selamanya, yang lambat sertai akan sentiasa di bawah. Sistem Shaklee adalah adil untuk semua. Downline boleh memintas pendapatan uplinenya sekiranya rajin usaha. Dan upline takkan dapat apa2 sekiranya tak berusaha.
Berdasarkan 3 ciri di atas inilah saya terjebak dengan Shaklee. Sepanjang saya buat bisnes Shaklee ni, tiada berlaku perkara2 negatif yang sinonim dengan MLM yang lain.
Kalau ada modal permulaan pun hanyalah untuk membayar yuran keahlian Shaklee sebanyak RM65 seumur hidup. Itupun ahli akan dibekalkan dengan member kit yang mengandungi info produk, pelan pemasaran, cara kiraan bonus dan ganjaran yang layak diperolehi setiap ahli dsb.
Ada lagi sebab yang lain kenapa saya sertai bisnes Shaklee ni tapi saya ceritakan dalam entri yang lain la ye. Kalau nak diceritakan dalam 1 entri ni jadi panjang sangat pulak :)
Kesimpulannya tidak semua MLM itu salah dan menipu, kaji dahulu sebelum berkata tidak. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Jangan segan untuk hubungi saya jika anda mahu mencuba Shaklee.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment