Friday 27 June 2014

Home » , , » Petua Cepat Dapat Anak

Petua Cepat Dapat Anak

Pernah alami situasi ni?

Masa bujang
"Bila kamu nak kawin ni?"
"Umur dah meningkat, bila lagi nak cari orang rumah?"
<Dan bermacam soalan lain yang berterusan...>

Bila dah kahwin
"Bila lagi nak bertiga (dapat anak), takkan nak berdua je"
"Korang bila lagi (dapat anak), merancang ke"
<Dan bermacam soalan lain yang berterusan...>

Itulah manusia, memang takkan puas. Sebelum kahwin sibuk tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin sibuk tanya bila nak dapat anak. Dan percayalah bila dah dapat anak, sibuk akan tanya bila nak dapat anak kedua, ketiga dan seterusnya. 

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat2 kan. Siapa yang kahwin taknak anak? Tertekan jadinya bila tengok kawan2 lain yang kahwin pada tempoh yang sama atau lebih lambat dah dapat anak lebih dulu sedangkan kita masih berdua.

Bukan semua orang yang dimurahkan rezeki macam tu, terus bunting pelamin atau dikurniakan rezeki anak yang cepat. Ada orang yang alami kesukaran berpunca dari faktor biologi mahupun faktor luar. Info saya petik dari Mommy Lyna.

Penyebab Sukar Hamil


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita adalah:
- Tiub fallopian tersumbat
- Endometriosis
- Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
- Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
- Masalah hormon
- Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
- Menopous sebelum waktunya
- Masalah tiroid
- Fibroid

Antara penyebab biologi di kalangan lelaki adalah:
- Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
- Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
- Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
- Menghidap hernia
- Gangguan hormon
- Salur sperma tersumbat
- Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
- Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
- Stress dan tekanan
- Pemakanan yang tidak sihat
- Kekurangan zat
- Amalan merokok atau meminum alkohol
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
- Terdedah kepada pencemaran
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi mereka yang ada penyebab biologi, adalah dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif agar masalah dapat diselesaikan secara perubatan. Suami isteri harus sepakat dalam hal ni dan tidak menyerahkan segalanya kepada satu pihak saja.

Kalau suami isteri tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk cepat dapat anak adalah cerah. Tapi suami isteri mesti bersedia untuk mengubah cara hidup dengan:

1) Bersenam
Orang yang bersenam sentiasa sihat, cergas dan cerdas. Takdelah lemau je. Badan sihat secara tak langsung minda pun tenang akan menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan.

2) Mengelakkan pencemaran
Agak mustahil dalam zaman sekarang yang penuh pencemaran kan. Tapi kita boleh bermula dengan diri sendiri, di rumah sendiri seperti berhenti merokok dan amalkan gaya hidup hijau, go-green gitu :)

3) Mengambil supplement
Terdapat supplement (vitamin & mineral) yang dapat membantu menambah kesuburan seperti:
--> Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
--> B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma
--> Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
--> Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
--> Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
--> Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma
--> Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan
 
Owh banyaknya supplement nak kena ambil?? Memanglah seeloknya kena ambil semua tapi jangan risau sebab kalau nak ambil semua mungkin ada kekangan kewangan mahupun masa. 

Saya akan cadangkan supplement yang sesuai mengikut bajet. So jangan segan silu hubungi saya ye :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Nak Hamil

    ReplyDelete