Friday 27 June 2014

Home » , » Punca Bayi Sukar Tidur

Punca Bayi Sukar Tidur

Perasan tak bayi memang kuat tidur kan. Boleh dikatakan sepanjang masa bayi akan habiskan dengan tidur. Tak kiralah waktu siang atau malam. 
 
bayi tidur
 
Tapi ada jugak masanya bayi taknak tidur walau bermacam cara ibu dan ayah buat kan. Apa ye puncanya?
 
Demam
Demam boleh disebabkan oleh jangkitan telinga mahupun radang dikerongkong. Cuba perhatikan tingkah laku bayi. Kalau bayi selalu menggosok atau menarik telinga, itu adalah petanda si bayi mengalami jangkitan telinga. Kalau enggan menyusu pula adalah petanda bayi mengalami jangkitan kerongkong. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa doktor dan berikan ubat mengikut preskripsi.

Tumbuh gigi
Alangkan kita yang dewasa ni bila nak tumbuh gigi pun rasa tak selesa dan sakit, inikan pula bayi kan. So apa yang ibu bapa boleh buat adalah bantu untuk legakan kesakitan dengan memicit2 lembut gusi bayi. Tapi make sure basuh tangan bersih2 dulu ye.  

Kolik
Bila perut kembung dan keras pastinya akan buatkan bayi tak selesa dan menangis. So ibu bapa boleh tidurkan bayi dengan dukung bayi secara meniarap sambil letakkan tangan pada perut bayi. Atau ibu bapa boleh juga memangku bayi dan dodoikan secara perlahan sehingga bayi tertidur.

Rangsangan berlebihan 
Bayi tidak boleh menerima rangsangan yang berlebihan seperti bunyi muzik atau televisyen yang kuat, lampu bilik yang terang dsb. Rangsangan yang berlebihan ni akan mengganggu tidur bayi. Maka ibu bapa boleh membuat urutan ringan pada badan bayi untuk melancarkan peredaran darah, malapkan lampu bilik dan matikan radio/televisyen untuk suasana yang tenang dan sunyi.

Perubahan
Bayi sangat peka terhadap perubahan. Bayi yang biasa tidur bersama ibunya akan sukar tidur dengan ketiadaan ibu disebelahnya. Maka ibu bapa harus melatih anak tidur di tempat tidurnya sendiri secara bertahap. Ibu bapa boleh menepuk2 bayi sekiranya bayi terjaga dan menangis agar bayi tahu ibu berada berdekatan dengannya.

Sebenarnya bayi memang perlukan tidur yang cukup. Jika sebaliknya, akan menyebabkan bayi mudah mengalami stress dan masalah mental. Bayi yang kurang tidur mudah letih dan kurang positif berbanding bayi yang cukup tidurnya. Jadi pastikan bayi anda mendapat waktu tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment