Wednesday 18 June 2014

Home » » Garlic Complex: Kelebihan Dan Perbezaannya

Garlic Complex: Kelebihan Dan Perbezaannya

Siapa kat sini yang tak suka makan bawang putih? Haha..sayalah tu. Tak sukakan bau dan rasanya. Nak2 lagi kalau yang mentah. Tapi kalau yang dah dimasak tu boleh terima lah.

garlic

Sebenarnya bawang putih ni sangat bagus digunakan untuk penyembuhan. Dalam bawang putih ada Allicin iaitu sebatian organosulfur yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh. Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  

Secara tradisionalnya, bawang putih digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Tapi sebenarnya bawang putih banyak lagi kebaikannya yang lain. Teruskan membaca kalau nak tau :)

Produk Shaklee yang ada adalah Garlic Complex.

garlic shaklee

Istimewanya Garlic Shaklee ni kerana diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA pada waktu musim panas dan 100% bebas daripada penggunaan racun perosak. Setiap 2 tablet Garlic Complex Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.

Tak semua produk garlic yang dijual di pasaran yang mengandungi Allicin aktif. Tapi Garlic Shaklee opkoslah dilengkapi oleh Allicin aktif. Malah Garlic Shaklee dibuat pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan Allicin kekal aktif pada tahap 100%.

Bawang putih memang ada rasa dan bau yang kuat kan. So sesiapa yang memang tak tahan dengan bau dan rasa bawang putih tak perlu risau sebab Garlic Shaklee menjalani dwi teknologi untuk mengawal bau garlic, dan perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.

Dan bestnya Garlic Shaklee ni sebab turut mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan meningkatkan keberkesanan garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

Khasiat Garlic Complex

  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem imun badan supaya boleh menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan imun badan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitif, sinus, asthma, selsema dan hepatitis
  4. Meningkat dan membantu masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 tablet Garlic setiap sehari. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat
  6. Melindungi sel2 darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan antioksidan kerana mengadungi sebatian selenium, germanium dan asid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air terkumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  11. Meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah. So sangat bagus diambil oleh pesakit diabetes 
  12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
  • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
  • Perut memulas (stomach upset)
  • Cirit-birit (diarrhea)
  • Bronkitis
  • Luka2 (infected wounds)
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing.

So kalau sesiapa yang memang tak suka makan bawang putih tu, Garlic Complex Shaklee ni adalah alternatif yang terbaik.

Nak order? Hubungi saya sekarang :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment