Thursday, 28 August 2014

Akibat Makan ESP Shaklee, Kulitku Jadi...

Agak kontroversi jugak tajuk entry kali ni ye...hehehe. Sebenarnya nak share perasaan happy...happy yang amat. Tengah dok sibuk shopping barang-barang keperluan rumah kat Giant, tup-tup dapat whatsapp dari salah seorang regular customer ni.

Nak share yang salah satu produk Shaklee yang customer ni ambil adalah ESP. Jom kita tengok apa pendapat customer ni tentang ESP Shaklee.

testimoni esp vitamin e

Wah kulit glowing selepas amalkan ESP Shaklee. Memang tidak disangkal lagi sebab ESP ni kan kaya protein..protein ni pulak menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru yang sihat.

Maka tidak hairanlah kalau amalkan ESP akan dapat kulit yang glowing (berseri-seri), kulit cantik tak lagi kering atau warna bercapuk-capuk. 

Owh ye ESP ni pun termasuk dalam set Anti Aging Shaklee tau. So kalau nak awet muda kenalah amalkan makan ESP dari sekarang.

esp shaklee

Macam apa yang customer tu share, produk Shaklee ni bukan setakat makan macam tu je. Boleh juga dibuat masker. 

Customer ni amalkan bermasker dengan ESP dan Vitamin E Shaklee. Haruslah berganda-ganda lagi kesannya. Nak tau kenalah cuba sendiri :)

CARA ORDER:
Klik link ini --> http://goo.gl/lh4fiZ

Nakkan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 27 August 2014

Shaklee HQ Berpindah Ke Sunway Pinnacle

Nampaknya Shaklee berkembang maju lagi bilamana kami para SIDnya mendapat SMS pemberitahuan beberapa hari yang lepas bahawa home office Shaklee yang dulunya berada di Empire Subang akan berpindah ke The Pinnacle...sebelah Sunway shopping complex tu.
 
shaklee new office
 
Perpindahan ini tak lain dan tak bukan menandakan bahawa produk Shaklee semakin mendapat sambutan menggalakkan maka ruang office yang lebih besar diperlukan. Kalau sesiapa yang pernah berkunjung ke home office Shaklee yang lama di Empire Subang pastinya akan nampak betapa sesaknya office tu lebih-lebih lagi kalau pada hari closing. Mau pengsan dibuatnya.
 
Jom kita intai-intai sikit rupa home office Shaklee yang baru.
ofis baru shaklee
kaunter lebih banyak

new shaklee home office
ruangan tempat duduk lebih luas
 
home office shaklee
ruang kanak-kanak bermain

Lebih cantik, besar dan mesra pelanggan kerana menyediakan ruangan tempat duduk dan kaunter yang lebih banyak. Malah ruangan untuk kanak-kanak bermain turut disediakan. So para ibu dan bapa yang datang dengan anak-anak tak perlu risau anak akan meragam berlama-lama di situ.
 
Bagi sesiapa yang kurang mahir dengan kawasan di situ, boleh la merujuk kepada peta ni. Jangan sampai sesat pulak ye :)
 
 
Shaklee is pleased to announce that, to better serve its valued customers and distributors, the Malaysai headquarters will be moving to a larger office at the Sunway Pinnacle in Subang Jaya on the 25th August.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 21 August 2014

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur

cara kejutkan anak tidur
 
Biasanya para mommies yang lebih mengetahui betapa susahnya nak kejutkan anak dari tidur kan. Nak-nak lagi kalau anak jenis yang liat nak bangun tidur. Mau hilang sabar dibuatnya...hehe.
 
Sebenarnya ada cara atau adab yang betul bila nak kejutkan anak yang sedang tidur, tak kiralah anak tu masih bayi, kanak-kanak atau sudah remaja. 

  1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
  2. Sentuh hujung ibu jari kaki anak dan goyangkannya perlahan-lahan
  3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyangkan kakinya
  4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara apabila panggil namanya dan teruskan goyangkan badannya
  5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah dengan panggilan yang manja dan penuh kasih sayang contohnya sayang, manja atau anak
  6. Kejutkan anak sambil memujinya contohnya "bangun sayang", "anak mama yang baik", "anak umi yang soleh/solehah" dan sebagainya
  7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar dia mandi, solat subuh dan segera bersiap-siap ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai
  8. InsyaAllah, anak akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang
 
Owh ye, cara ni bukan saja untuk kejutkan anak ye tapi boleh juga digunakan untuk mengejut suami tersayang. Bila mana suami celik mata nampak isteri kejutkan dengan penuh kasih sayang dan senyuman, pastinya suami akan bertambah sayang :)
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 20 August 2014

ESP Shaklee Alternatif Sarapan Yang Ringkas Dan Berkhasiat

Celik mata je perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Kelam kabut nak bersiap pergi kerja, nak siapkan anak-anak, nak siapkan baju suami, nak siapkan sarapan lagi. Pendek kata macam-macam la nak kena siapkan. Sudahnya ramai yang abaikan atau melewat-lewatkan sarapan ni.

Sarapan sangat penting sebab membekalkan badan dengan tenaga dan khasiat untuk permulaan hari yang baik dan lancar. Tapi ramai yang mengabaikan sarapan disebabkan faktor masa, juga beranggapan sarapan tu tak penting.

Saya juga bekerja jadi saya faham kesibukan waktu pagi. Macam-macam yang nak disiapkan, nak kejar masa lagi. Kalau keluar lambat faham-faham jelah akan stuck dalam traffic jam. Maka saya cari alternatif sarapan yang ringkas, mudah disediakan tapi pada masa yang sama membekalkan khasiat yang badan saya perlukan.

Jeng..jeng..jeng.. inilah sarapan pagi saya dan suami.

soy protein shaklee

Pagi-pagi saya bancuh ESP ni terus dalam water tumbler. Ada sesetengah orang suka pakai shaker tapi kalau setakat nak kacau guna sudu je pun boleh, ESP mudah larut. Siap bancuh zassss terus pergi kerja. Sambil drive boleh nikmati ESP ni. Sangat mudah, ringkas dan menjimatkan masa.

Siapa-siapa yang tak tau, ESP (Soy Protein Isolate Powder) ni adalah protein soya yang diperbuat daripada non-GMO soy yang berkualiti, dijaga dari proses penanaman mahupun pembuatannya. Membekalkan badan dengan tenaga yang berpanjangan, juga khasiat yang badan perlukan.
 
ESP sangat berbeza daripada produk soya di pasaran yang dikatakan penyebab kanser dan bermacam penyakit yang lain ye. So tak boleh nak disamakan langsung antara ESP dan produk soya lain yang ada di pasaran sekarang.
 
Owh ye ada testimoni ESP saya nak sharekan. Tapi nantilah saya share dalam entry yang akan datang. Stay tuned.... :)
 
BAGAIMANA CARA ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
 
 
Choppp!! Nak dapatkan harga lagi murah iaitu harga ahli? Meh join ahli Shaklee dengan saya.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan

Thursday, 14 August 2014

Testimoni Berjaya Hamil Dengan GLA Complex

Rata-rata orang yang dah berkahwin mesti mengharapkan zuriat sendiri kan. Dan selagi tak mengandung maka selagi itulah hati pun tak senang...tak senang yang pertamanya sebab keinginan sendiri dan suami/isteri untuk dapat anak belum tercapai, keduanya tak senang atas faktor orang lain (mak ayah, mertua, sedara mara, kawan-kawan) yang asyik bertanya bila nak dapat anak. Biasanya faktor yang kedua yang menyebabkan stress dan perasaan sedih melebihi faktor yang pertama.
Maka sebab itulah ramai yang usaha dengan mendapatkan rawatan kesuburan dengan doktor sakit puan, cari petua cepat dapat anak, cari tips kesuburan, mengambil makanan tambahan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan, berusaha secara tradisional seperti berurut dan sebagainya.
GLA Complex memang sudah diketahui membantu kesuburan wanita. GLA membantu dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Setiap bulan seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu pada waktu suburnya. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu subur.
Jadi di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Kepentingan lain cecair ini juga adalah untuk  membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Makanya, kalau tiada hasil pada hari subur pun masih ada peluang untuk hamil sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

AMBIL GLA UNTUK STABILKAN PERIOD, TAPI DIMURAHKAN REZEKI DENGAN HAMIL LAGI

CONFIRM HAMIL SETELAH CONSUME GLA COMPLEX



Bagi mereka yang masih belum berjaya hamil, jangan putus asa dan teruskan berusaha yang sebaiknya.

Jom order secara online dengan klik link di bawah. Atau boleh juga hubungi saya untuk urusan order.



Coppp!! Nak dapatkan harga ahli? Jom mendaftar sebagai ahli sekarang.


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 7 August 2014

Cara Pengurusan Susu EBM

EBM bermaksud expressed breast milk iaitu susu ibu yang diperah atau dipam untuk simpanan atau diberikan kepada bayi. Kebiasaannya bagi mommies yang bekerja memang kena kerap sediakan EBM ni supaya bayi tetap dapat menyusu susu ibu, juga dapat pastikan susu ibu terus dihasilkan.
 
Bagi mommies yang pertama kali menyusukan bayinya, mesti ada perkara atau soalan yang kurang pasti dalam pengendalian EBM seperti berapa lama EBM boleh disimpan, bagaimana cara nak menyimpan EBM, bagaimana cara cairkan EBM dan pelbagai isu yang lain.
 
So entri kali ni saya nak sedikit sebanyak info bagi memberi lebih kefahaman bagi mommies cara pengendalian EBM yang betul. Semoga mommies mendapat manfaat dari sharing ini :)
 

Tempoh Penyimpanan EBM

Mommies boleh refer pada jadual ringkas tempoh masa penyimpanan EBM yang saya ambil dari website http://kellymom.com/. Sebaiknya mommies print dan tampalkan di mana-mana tempat yang senang nampak i.e pintu peti ais.

Jadual Cara Pengurusan Stok Susu EBM
 

Cara Menyimpan Susu Perahan

 
1. Gunakan Bekas atau Plastik Yang Kecil
Simpan susu perahan dalam bekas atau plastik yang kecil. Seeloknya bekas tersebut boleh memuatkan 1-4 Oz sahaja bagi memudahkan penyimpanan dan mengelakkan susu terbazir. Bagi EBM yang ingin dibekukan lebih sesuai sekiranya menggunakan bekas plastik manakala bagi EBM yang ingin disimpan dalam bentuk 'chill' sahaja lebih sesuai disimpan dalam botol plastik kerana mudah dipanaskan.
 
Contoh kaedah menyimpan susu perahan ataupun juga dikenali sebagai EBM
 
 
2. Catat Tarikh Setiap Perahan
Setiap kali memerah susu, catatkan tarikh perahan pada sticker putih dan lekatkan pada setiap bekas. Sangat penting untuk memudahkan mommies mengetahui expiry date setiap stok susu tersebut. Pastinya mommies taknak berlaku kejadian terbagi bayi susu yang sudah expire bukan?
 
3. Cara Cairkan Susu Beku
Untuk mencairkan susu yang beku, keluarkan daripada freezer dan letakkan di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Atau boleh juga letakkan dibawah air paip yang mengalir supaya susu yang beku tersebut cair lebih cepat. Elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik contohnya, letak susu atas meja di dapur atau di sinki.
 
4. Cara Campurkan Susu Perahan
Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.
  • Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.
  • Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.
 
5. Cara Panaskan Susu Perahan
Panaskan botol susu (yang dah dicairkan) di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas. Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur kerana suhu yang terlalu panas boleh menghapuskan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat. Sekiranya terdapat baki susu, sila pastikan baki susu tersebut diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.
 
Cara Memanaskan Susu EBM Dengan Kaedah Rendaman
 
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 6 August 2014

GLA Complex vs EPO: Mana Lebih Power?

Pernah tak dengar pasal EPO? EPO ni adalah evening primrose oil. Sangat2 sinonim dengan wanita yang pentingkan kecantikan. Kenapa sinonim dengan kecantikan ye? Sebab dalam EPO ni kaya dengan GLA (asid gamma-linolenik).
 
Sumber GLA ni bukan dari EPO je tapi boleh juga didapati daripada Borage. Kebanyakan GLA yang dijual di kedai-kedai farmasi adalah dari sumber EPO.
 
evening primrose epo gla
bunga evening primrose


gla borage
bunga borage

Walaupun EPO dan Borage mengandungi GLA namun kepekatan GLAnya adalah berbeza. Borage mengandungi GLA dua kali ganda lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar serapan) Borage juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.
 
Shaklee takde jual EPO ke? Ada iaitu GLA Complex yang lebih baik dari EPO sebab:
  • GLA Complex mengandungi GLA sebanyak 15% - 20% berbanding EPO yang mengandungi hanya 8% - 10% GLA.
  • Sumber GLA dalam GLA Complex adalah dari Borage. Cuba baca balik perenggan kat atas tu apa perbezaan antara GLA dari sumber EPO dan Borage.
  • Mengandungi asid gamma-linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Sebab tulah namanya GLA Complex kerana kandungannya yang complex.
GLA Complex Shaklee bukan untuk wanita saja ye. Tapi penting juga untuk kanak-kanak, remaja juga lelaki dewasa.
 
Kebaikan GLA Complex:
  • membantu merawat PMS (senggugut) dan menopause symptom. Penggunaannya boleh meredakan kesakitan semasa period dan juga simptom bila seseorang menopause.
  • anti radang, sesuai untuk pesakit arthritis dan gout kerana ianya merawat keradangan sendi.
  • bagi pesakit rheumatoid arthritis, ianya boleh membantu di mana ianya 'may ease tenderness and swelling'.
  • untuk kulit yang cantik kerana membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan bagi kulit yang kering atau rosak. Kajian pernah dijalankan ke atas bayi yang mempunyai masalah 'cradle cap' (kerak di kepala). Bayi disapukan dengan borage oil 2 kali sehari dan setelah 2 minggu, masalah cradle cap HILANG!.Apa yang menakjubkan bukan sahaja pada tempat yang disapu mengalami perubahan ketara tetapi juga keseluruhan kulit bayi mengalami perubahan positif. Ini menunjukkan daya serapan borage oil yang sangat bagus.
  • membantu regulate semula period yang tidak teratur dan mengawal keseimbangan hormon dalam badan.
  • membantu kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembiakan kembali subur maka peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Ada kalangan yang mengambil GLA Shaklee telah berjaya hamil dengan izinNya.
 
So, nilaikanlah sendiri samada nak ambil EPO ke GLA Complex. Jadilah pengguna yang bijak.
 
Promo GLA Complex sedang berlangsung. Mai order cepat sebelum kehabisan stok :)
 
 
Order secara online sekarang dengan klik link ini .
 

Mahukan harga ahli? Jom daftar ahli dengan saya.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.