Mighty 3 Gems Set Persediaan Bijak di Bulan Puasa
Laris sungguh Set Mighty 3 Gems ni di bulan puasa. Nak tau kenapa?
Set Mighty 3 Gems menawarkan sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk memulakan hari. Ramai sebenarnya yang tak sedar bahawa sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Oleh kerana kurangnya kesedaran itu, pengambilan sarapan seringkali diabaikan.
Akibat tidak bersarapan, anda mungkin:
- Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang serta kurang peka
- Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas terhadap sesuatu perkara
- Produktiviti kerja yang menurun
- Kandungan gula dalam darah yang rendah
Berdasarkan senarai di atas, dapat kita lihat betapa pentingnya sarapan pagi. So lepas ni, no more skip2 breakfast :)
Apa yang terkandung dalam set ini?
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14
gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang
tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino
penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP
adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral
tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino
yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di
dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi
berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit
dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang
lain.
Kenapa Set Mighty 3 Gems perlu jadi menu pilihan untuk bersarapan?
- Membekalkan tenaga untuk cergas sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh.
Sempena bulan puasa ini, sahur adalah ibarat sesi sarapan pagi pada hari2 selain bulan puasa. Oleh itu, kepentingan sahur juga tidak boleh dinafikan. Nak2 lagi sepanjang bulan puasa, kita tidak boleh makan dan minum di siang harinya. Dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat, akan membantu kita untuk menjalani rutin harian dengan lebih mudah.
Set Mighty 3 Gems merupakan pilihan yang tepat dan terbaik sebagai menu utama semasa bersahur.
Berminat?
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.