Tuesday, 23 July 2013

Dulu 34, Sekarang 29!

Har...saspen tak tajuk entry post kali ni...hehehe... Sebenarnya patut rasa lebih dari saspen ni...teruja, tak percaya (..tapi kena percaya :D) dan macam-macam lagi perasaan pun ada. Kali ni saya nak share kisah Pn. Hasmah yang telah berazam dan berusaha bersungguh-sungguh selama 5 bulan lebih untuk menguruskan badannya. Pn. Hasmah telah pun membuktikan tiada yang mustahil sekiranya kita berazam dan sekarang badannya sungguh gojes, dari saiz 34 telah turun kepada saiz 29 je. Jom baca apa rahsia Pn. Hasmah ni.
 
 
Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg.. BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln.. selera makan membuak2.. dan badan juga bagai dipam2.. lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2.. jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan.. yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu..
 
Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu.. sebab saya sayangkan seluar tu.. dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu.. ceh..slim ke..haha.. Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..

  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit.. ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah.. memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je.. senaman ape yang saya buat ye.. saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh.. mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah.. baru mula 2 bln.. saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni.. sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic.. memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup.. mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK.. sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api.. haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE.. sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya.. dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29.. macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)

Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga.. tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni.. sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat.
 
See? Kunci diet dan nak kurus ni adalah kesabaran, istiqamah dan disiplin serta azam yang kuat. Pn. Hasmah sendiri pun ambil masa berbulan untuk dapatkan berat badan ideal.
 
Sekiranya ada produk kurus diluar sana yang menjanjikan anda turun berat badan berkilo-kilo dalam masa yang singkat tanpa perlu berbuat apa, sila kaji betul-betul kandungan produk tersebut. Kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan berbahaya yang menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak, seterusnya memberi kesan sampingan kepada badan anda di kemudian hari. Buatlah pilihan yang bijak.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 17 July 2013

Vivix Penawar Sakit Jantung Dan Darah Tinggi

Waktu lunch break bulan puasa ni lepak dalam ofis je lah sambil-sambil dengar radio. Yelah, takkan nak keluar makan pulak...hehehe... Pastinya Sinar.fm menjadi pilihan saya. Suka layan lagu-lagu lama yang tenang telinga mendengar.
 
Dalam dok melayan radio, ada disiarkan lagu Kasihnya Ibu nyanyian Sharifah Aini. Terus saya terbayang mak ayah yang kat kampung. Antara lirik lagu ni..
 
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
 
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Bercakap pasal ibu bapa ni, saya nak share satu testimoni daripada rakan saya sendiri yang telah memberi Vivix kepada ayahnya yang kerap mengalami sakit di bahagian dada, juga berpenyakit darah tinggi sejak dulu. Jom baca apa katanya..
 
testimoni vivix sakit jantung darah tinggi

Sedih, namun lega saya rasakan bila baca fb status update kawan saya ni. Betullah apa yang dikatakan kawan saya, duit banyak mana, kaya mana sekalipun kita takkan dapat menggantikan kesihatan ibu bapa.
 
Selagi yang termampu, haruslah kita berusaha memberikan peluang kesihatan yang terbaik buat ibu bapa tersayang.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 15 July 2013

Status Halal Shaklee: Usah Was-Was Lagi

Masih ada lagi yang was-was samada Shaklee ni halal atau tidak. Lebih-lebih lagi bila tak nampak sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
 
Sebenarnya, ada banyak badan pengeluar sijil halal selain daripada JAKIM. Badan-badan pengeluar ini mengeluarkan status halal termasuk untuk produk-produk tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara yang turut digunapakai di Malaysia selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja.
 
ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di sini.
 
Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk Shaklee.
 
sijil halal shaklee
 
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum sijil halal itu dikeluarkan atas sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada dan USA adalah yang paling sukar untuk mendapat pelepasan. Dan memandangkan Shaklee mendapat sijil halal dari ISA yang mana merupakan badan pengeluar sijil halal di Amerika, pastinya tidak perlu lagi merasa ragu-ragu dengan status halal produk Shaklee.  
 
Tidak semua produk Shaklee dipasarkan di Malaysia. Namun, semua produk yang dipasarkan di Malaysia tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex.
 
Jadi anda tidak perlu merasa ragu-ragu sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee di Malaysia. Gunakanlah tanpa was-was :)
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 9 July 2013

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2013

Esok sudah masuk bulan Ramadhan. Maka bermulalah kewajipan berpuasa bagi muslimin dan muslimat. Alhamdulillah bersyukur tahun ni masih lagi diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam yang ke-3 ni. 
jadual imsak dan berbuka puasa
Bila dah berpuasa, pastinya perkara yang paling ingin diketahui dan dicari-cari adalah waktu sahur dan berbuka.

Bagi memudahkan umat Islam di Malaysia yang tercari-cari jadual waktu sahur dan berbuka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman web rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Jadual ini boleh di muat-turun atau download dengan klik nama negeri yang dikehendaki seperti yang disenaraikan di bawah:

Selamat menjalani ibadah puasa buat umat Islam di Malaysia. Esok jangan terlupa puasa pulak :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 1 July 2013

Berpuasa Semasa Hamil

 

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

 
Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.
 
Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang telah dikenal pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:
  • Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan dan samada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.
 

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

 
Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.
 
Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
 
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
 

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?


  • Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.
 

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?


  • Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
 

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?


Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
 

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?


Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
 

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?


Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

 
sumber: babycenter
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.