Saya ingat lagi dulu masa zaman sekolah selalu saya berangan punyai empayar bisnes sendiri....wah dream big :) Tapi dek kerana sifat saya yang pemalu apatah lagi dengan orang yang tak dikenali, membantutkan niat saya untuk mulakan bisnes.
Hari berganti hari, saya mula sibuk dengan urusan harian sampailah sedar tak sedar saya tamatkan zaman study di universiti. Tak lama lepas habis study, saya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat utiliti di Malaysia. Alhamdulillah tawaran gaji yang agak lumayan pada masa tu dan saya tak ada masalah kewangan langsung. Saya juga pastikan tiap-tiap bulan saya beri mak duit belanja. Pada masa tu saya fikir, makan gaji pun okey jugak so cita-cita saya nak ada bisnes sendiri terus saya lupakan.
Biasalah bila dah mula kerja mestilah nak pakai kereta, handphone yang best, nak beli itu, nak beli ini...semuanya nak beli, semuanya nak pakai. Bila hujung bulan melambak-lambak surat bil yang datang. Bil telefon, bil broadband...tak termasuk loan kereta lagi. Duduk di bandar ni bergerak sikit pun dah kena bayar tol. So jadilah saya macam kebanyakan warga kota yang bekerja...bila tengah bulan mesti sengkek....tertunggu-tunggu gaji pada penghujung bulan. Dan pernah jadi juga saya tak mampu nak beri mak duit belanja macam yang selalu saya buat. Memang mak tak pernah minta tapi saya yang nak bagi. Sekurangnya mak boleh gunakan duit tu untuk beli apa yang mak suka.
Saya diperkenalkan kepada bisnes Shaklee oleh seorang officemate yang lebih dulu membuat bisnes ni. Sebenarnya niat asal saja je suka-suka nak dengar cerita. Tapi makin lama saya dengar saya jadi tertarik. Tertarik sebab:
- Tak perlukan modal ribu-ribu apatah lagi perlu buat loan dengan bank untuk mulakan bisnes.
- Tak perlu keluar cari customer. Semuanya dilakukan secara online. Bergolek-golek atas tilam pun masih boleh bisnes.
- Tak perlu head hunting (mencari downline) sepertimana tipikal bisnes MLM yang lain. Saya lebih diajar supaya mempersiapkan diri sendiri kerana bila diri sudah bersedia, downline akan datang sendiri...dan sememangnya itu yang saya buat dan itu jugalah yang terjadi!
- Bisnes berasaskan penjualan produk dan bukannya sistem piramid. So tak ada istilah downline kerja keras, upline goyang kaki.
- Tak perlu membeli stok produk yang banyak sekaligus. Selalu kan jadi bila join MLM bisnes je mesti kena beli stok banyak-banyak tanpa diajar pun cara nak menjual. Sudahnya barang tu berlonggok je bawah katil/dalam stor.
- Tak perlu mengorbankan waktu malam/hujung minggu untuk menghadiri kelas bisnes, segalanya dilakukan secara online di rumah atau di mana-mana sahaja, semuanya dihujung jari. Tapi bukan kelas di alam maya saja yang disediakan, kelas di alam realiti juga disediakan.
- Tak perlu meninggalkan family. Bisnes ni adalah mesra family. So boleh angkut anak beranak kalau nak join kelas di alam realiti sekalipun. En. suami pun digalakkan hadir sama ye.
- Tak perlu melepaskan kerja tetap, boleh bisnes secara sampingan.
- Mempunyai group bisnes EKSKLUSIF untuk menyokong, melatih juga berkongsi tips-tips berguna menjadi usahawan yang berjaya. Group yang sangat-sangat memberi inspirasi dan aura positif.
Shaklee di hatiku :) |
Selesai kelas bisnes, posing skit buat kenang-kenangan |
Bersama group besar bisnes...tengok, mesra family kan |
Atas ciri-ciri inilah saya tertarik nak join bisnes ni. Pada bulan pertama saya mendapat bonus (berbentuk wang tunai) sebanyak 3 angka. Bonus ini dibayar pada setiap pertengahan bulan berikutnya. Dalam pada pertengahan bulan, dapat pulak bonus Shaklee. Siapa nak bagi kan.
Alhamdulillah kini saya mampu mendapat bonus sebanyak 4 angka dan sedang aim untuk mencapai bonus sebanyak 5 angka pula. Yang paling penting, sejak join bisnes ni saya perasan yang saya tak tertunggu-tunggu lagi gaji pada hujung bulan!
Pastinya ini adalah bisnes terbaik untuk saya. Dengan bermodalkan RM75 untuk pendaftaran sebagai ahli dan terus memulakan bisnes ni, saya sudah mampu mendapat bonus sebanyak 4 angka yang pastinya memberi makna besar bagi orang yang bergaji kecil macam saya ni.
Owh ye, ingin ketahui cara menjalankan bisnes tanpa modal? Jom hubungi saya untuk konsultasi.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.