Tuesday, 18 December 2012

Adakah Kita Perlukan Suplemen?

Adakah Kita Perlukan Suplemen?

pix

Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
 

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
 
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Pemnium alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
 
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya
info dipetik dari Pa&Ma
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Pendedahan Collagen Yang Sebenarnya

Pendedahan Collagen Yang Sebenarnya

Sebelum kita menginjak dewasa (bawah 25 tahun), tubuh kita sedang membesar & berkembang, dan hormon tumbersaran yang begitu banyak ni menggalakkan berkembangnya otot2 dan ligamen, dan kolagen adalah protein yang terlibat dalam pembinaan otot dan ligamen ni.
kolagen halal
Bila kita dah masuk umur 25 tahun ke atas, hormon tumbesaran ni berkurangan.. dan penghasilan kolagen turut berkurangan, dan kolagen ni pula digunakan untuk menjaga kesihatan otot dan ligamen tadi tu.
Kolagen ni pula, kadar penghasilannya makin berkurang dalam 1.5% setahun.. jadi bila kita berumur 45 tahun, agak2 dalam 75% kolagen yang diperlukan oleh badan kita dah hilang.
collagen serbuk
Dari sudut kecantikan, penurunan paras kolagen berkait rapat dengan kesan penuaan pada kulit. Kulit akan berkedut bila kolagen menyusut.
Kolagen sebenarnya bermanfaat dalam pembinaan tisu2 penyambung. Apabila kolagen berkurangan dalam tubuh, penyambungan antara tisu2 ni menjadi kurang bekesan, lalu menjadikan pengangkutan bahan toksik dalam tubuh ke sistem limfatik menjadi sukar.
tisu kolagen
Ia juga mengganggu pengangkutan nutrisi dan bendalir tubuh, yang akhirnya menyebabkan kesan-kesan yang kelihatan pada kulit dan sel-sel lain.
Bila tisu2 penyambung ni tak dapat berfungsi dengan sempurna, tubuh kita terpaksa menggunakan sistem alternatif untuk mengangkut toksin. Lalu ia memindahkan bahan toksin itu sebagai ‘pembalut’ kepada sel lemak.
Ini adalah antara punca terjadinya selulit, kerana tubuh menjadikan lemak2 tersebut sebagai pelindung – menyimpan toksin.
Pengambilan kolagen memperbaiki fungsi tisu2 penyambung, sekaligus membenarkan toksin dihantar ke sistem limfa dan mendapatkan kembali nutrien dan hidrasi sel bagi kesihatan yang optimum.

Adakah Semua Kolagen Sama?

Tidak. Kolagen terbaik adalah dari sumber haiwan kerana ia mudah diserap oleh tubuh. Dan kolagen dari ikan laut dalam lebih mahal dari kolagen dari ayam kerana sumbernya yang tidak mudah untuk didapati.
kolagen halal
Kolagen terbaik adalah kolagen yang dipatenkan di bawah standard yang terbaik bagi memastikan rantaian asid amino di dalamnya tidak rosak.
shaklee collagen
Usah berkira nak dapatkan yang terbaik. Lebih baik bayar lebih untuk perlindungan awal daripada terpaksa membayar lebih akibat tersalah makan kolagen!
Shaklee Collagen Powder, dari sumber sisik ikan merah laut dalam, mengandungi bahan-bahan penyokong untuk kecantikan dan kesihatan dari dalam.
credit
Dapatkan Shaklee Collagen Powder anda dengan HARGA RUNTUH! Harus bertindak cepat  sementara stok masih ada.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 12 December 2012

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Menjadi dilema biasa kepada ibu mengandung dan menyusu bila tak sihat “Bolehkah saya mengambil ubat?”
 
Ya, sesetengah ubat berupa drug boleh memberi kesan kepada kandungan dan bayi yang menyusu.
 
Tapi sebelum itu saya nak kongsikan apakah langkah yang perlu diambil semasa menyusukan anak:
(1) Menjaga kesihatan di tahap optimum kerana ibu menyusu bukan kena menyusukan anak je, tapi juga menjaga keluarga dan sebagainya, terutama ibu bekerja.
(2) Menjaga pemakanan – mengambil makanan yang tinggi khasiat
(3) Mengambil pemakanan tambahan yang seimbang – bukan untuk tambah susu semata2 tapi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara total
 
Ibu jangan kejar nak susu banyak saja, tapi biarlah tubuh badan terjaga. Sekurang2nya muka takdela pucat kusam. Suami pun bertambah bangga :)
 
OK, berikut adalah panduan pengambilan ubat-ubatan untuk ibu menyusu:
 
Demam, sakit kepala:
..selamat – paracetamol
..sesekali – aspirin
..tidak sesuai – ponstan
 
Selesema, asma:
..selamat – nasal spray
..tidak sesuai – tablet yang mengandungi pseudoepedrine kerana bole mengurangkan susu
 
Pil perancang:
..selamat – Noriday, Microlut, Locilan
..tidak sesuai – Nordette, Rigevidon, Triquilar
 
Sembelit:
..selamat – yang berasaskan fiber
..tidak sesuai – Durolac, Senokot, Conoxyl
 
Sinus:
..selamat – Clarantyn
 
Bagaimana dengan vitamin? Secara generalnya semua vitamin bukan saja selamat malah digalakkan untuk ibu menyusu mengambilnya. Tapi hati2 dengan herba kerana ada yang kandungannya tak selamat untuk menyusu.
 
Walau bagaimanapun, beritahu doktor yang anda menyusu dan minta preskripsi yang sesuai untuk penyusuan :)
 
credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Vitamin Shaklee vs Makanan Seimbang

Vitamin Shaklee vs Makanan Seimbang

Adakah anda memilih ini:
eat well plate
Atau ini:
set breastfeeding shaklee
Ramai yang tersalah pilih. Pilih yang atas. Pilih yang bawah.
Pilih kedua-kedua. Tiada istilah : makanan seimbang vs vitamin Shaklee.
Pengambilan vitamin dalam bentuk pil ni bukan bertujuan untuk ‘menggantikan dari makanan’, tidak sama sekali. Malah bukan menjadi sumber nutrien utama.
Makanan seimbang, aktiviti fizikal, amalan rohani, akhlak yang baik… adalah antara pilar-pilar dalam kesihatan yang unggul. Tidak boleh sama sekali meninggalkan asas-asas kesihatan yang baik ni. Tak boleh gantikan makanan seimbang dengan vitamin. Tak boleh gantikan senaman dengan vitamin. Apa lagi gantikan ibadah2 dengan vitamin.
Vitamin diperlukan untuk membantu tubuh kita melawan radikal bebas dari benda-benda ini:-
free radical
Suka atau tidak kita terdedah pada sekurang-kurangnya 40% dari benda-benda di atas.
Sebenarnya badan kita ni memang dah hasilkan radikal bebas secara semulajadi. Bayangkan sel-sel tubuh kita macam kereta… bila berlaku metabolisma, sel-sel ni mengeluarkan asap ‘ekzos’. Kalau kereta, asap ekzos tu yang bahaya sebab ada macam2 gas dalam tu kan. Sama lah sel tubuh kita. Tapi untuk proses semulajadi ni, tubuh kita ada mekanisma untuk neutralkan radikal bebas tu.
Tapi bila kita terdedah pada benda-benda di atas, tubuh kita menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Dan sistem badan kita tak dapat nak atasi dah.
Maka kita kena makan makanan seimbang, bebas segala -id (pestisid, herbisid, germisid), limitkan makanan yang diproses, dan yang paling penting, jauhi makanan rapu serta berkalori tinggi!
Mengikut kajian, penyebab penyakit2 kardiovaskular bukan lagi disebabkan oleh pengambilan lemak, tetapi makanan berkalori ni. Kalori tu dah cukup dah yang kita ambil dalam makanan harian kita ni, tak payah tambah-tambah kalori lagi dengan pengambilan makanan rapu dan minuman bergas. Lagi-lagi bila gaya hidup harian tu pagi-pagi keluar ke pejabat, malam baru balik. Tingkat 1 pun naik lif.
Jadi tidak relevan bila anda makan vitamin sebab nak ‘cover’ tabiat suka makan makanan rapu ni dan juga ‘tak ada masa bersenam’.
Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang adalah WAJIB, bukan pilihan dan gantinya ialah vitamin. Tidak sekali-kali. Namun memang tak dinafikan, tak semua orang mampu melakukannya. Misalnya jika berada di luar rumah, dan mereka yang bekerja pagi-malam ke pagi… Yang tak sempat nak masak di rumah… dan sebagainya. Tapi ia tetap bukan alasan untuk ‘takpelah makan makanan rapu ni, aku kan makan vitamin’.
Walaupun anda pengamal vitamin tegar, tak kiralah vitamin Shaklee ke vitamin apa ke, jangan abaikan perkara-perkara asas kesihatan. Vitamin bukan formula ajaib, ia cuma pelengkap untuk mencapai ODA.
vitamin shaklee RDA
“Makan vitamin pun kena jaga makan? Baik tak payah makan vitamin”. “Makan vitamin pun kena bersenam? Baik tak payah makan vitamin”
Macam ni lah.. Asas-asas hidup yang sihat tu seperti nasi lemak. Vitamin tu sambal tumisnya. Makan nasi lemak lebih kick dengan sambal, tapi makan nasi lemak kosong pun sedap dan kenyang juga. Orang masih panggil ia nasi lemak. Tapi… kalau makan sambal tumis saja? Dah tak nama nasi lemaklah.
Apa-apa sekalipun, vitamin bukan ‘excuse’ untuk tidak mementingkan penjagaan asas kesihatan ;)
Ramai tokoh negarawan kita pengamal vitamin namun mereka juga adalah pengamal gaya kehidupan sihat!

credit to MommyLyna
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 6 December 2012

Kolagen dan Sumbernya

Kolagen dan Sumbernya

Kolagen merupakan ejen pelekat yang bertindak melekatkan sel2 dalam tubuh kita antara satu sama lain. Kolagen adalah sejenis protein yang merangkumi 30% jumlah protein keseluruhan badan kita. Kulit kita terdiri dari 70% kolagen, urat dan ligamen mengandungi 85%, malah tulang2 kita pun terdiri dari kolagen.
Kolagen bukan sahaja menjaga keanjalan kulit malah mengukuhkan organ dalaman kita termasuk tulang dan sendi agar sentiasa kukuh dan sihat.

Pentingkah kolagen?

Walaupun tubuh kita membuat kolagen sendiri, tapi ia mula berkurangan dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai dalam 10 tahun kemudian, yang mana kita mula kehilangan separuh kolagen dalam tubuh kita. Oleh itu tidak hairanlah bila meningkat usia, kulit mula menjadi berkedut dan ada yang mengalami kedutan sebelum masanya. Ini kerana bahan2 penjaga kolagen iaitu antioksidan yang dihasilkan oleh tubuh dan makanan yang diambil tidak cukup untuk menampung kolagen kerana telah digunakan untuk melawan serangan radikal bebas.
Kolagen bukan sahaja diambil untuk kecantikan tapi juga diperlukan dalam hal perubatan untuk mencegah pelbagai penyakit seperti osteoarthritis, osteoporosis, arteriosclerosis dan pelbagai masalah akibat kekurangan kolagen. Ia juga turut digunakan dalam merawat dan mengubat kes2 melecur yang serius dimana kolagen diperlukan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Selain itu, ia turut dijual sebagai supplement bagi melancarkan pergerakan sendi. Ini kerana kolagen membentuk 90% protein matriks tulang2 dan 2/3 tulang rawan artikular, dimana kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang dan sendi.

 

Dari manakah sumber kolagen?

Terdapat pelbagai jenama, jenis kolagen dipasaran hari ini. Namun tahukah anda dari manakah sumber2 kolagen tersebut? Saya senaraikan di bawah ye. Credit to CikguHani:
  1. Daripada bovine (lembu) - diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  2. Daripada babi (porcine origin)
  3. Daripada haiwan laut (e.g. ikan dan gamat)
  4. Daripada tumbuhan (e.g kacang soya)
  5. Daripada Yak - produk dari China
  6. Daripada manusia (e.g plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!)
Mengejutkan bukan? So, anda haruslah berhati2 kerana terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan membuatkan produk tersebut diragui status halalnya. Ini kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat. Pastikan anda memilih kolagen yang halal.

Apakah sumber Collagen Powder Shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Mempunyai molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton supaya dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokokng kecantikan anda dari dalam:
  1. Kolagen ikan - memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  2. Ekstrak kerang-kerangan - mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata
  3. Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
  4. Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  5. Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
  6. Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  7. Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Cepat dapatkan Collagen Powder anda dengan tawaran harga runtuh!! Hanya bulan ni saja tau. Rugi kalau tak rebut peluang ni. Jangan menyesal lah kalau Shaklee kehabisan stok nanti.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 5 December 2012

Shaklee Malaysia Tidak Halal?

Shaklee Malaysia Tidak Halal?

Semalam seorang downline saya ditanya oleh seorang customer tentang satu blog yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Customer itu berminat untuk mencuba produk Shaklee namun menjadi was2 setelah terjumpa blog tersebut. Dalam blog tersebut si penulis telah mendapatkan kesahihan berkenaan bovine gelatin ini daripada Shaklee Kanada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Kanada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Malah produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.

Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah


Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?

Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.




Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 9 November 2012

Kelebihan Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee

Kelebihan Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee

Laris sungguh ESP (Soy Protein Isolate Powder) ni...mana taknya...dari akhir bulan lepas lagi Shaklee sendiri kehabisan stok di seluruh Malaysia. Tapi jangan risau...buat penggemar setia ESP, berita baik buat anda...ESP akan kembali available bermula pada minggu hadapan. So pada mereka yang nak buat pre-order tu, silakan...saya sangat mengalu2kan order anda.
 
Mungkin ada yang ingat ambil protein soya jenama apa2 pun sama je. Owh tidak sama sekali. Semestinya protein soya yang Shaklee hasilkan mempunyai ciri2 soya yang selamat di ambil.
 

Kenapa Protein Soya Shaklee berbeza?

  1. Shaklee telah menjalankan kajian klinikal yang sangat komprehensif di mana hanya soya yang berkualiti tinggi sahaja yang dipilih.
  2. Kacang soya yang digunakan adalah Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yang dihasilkan di bawah program Identity Preservation Program (IPP), dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesan.
  3. Kacang soya diproses dengan air  (bukan dengan bahan kimia atau alkohol)  dan dengan menggunakan suhu yang rendah bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  4. Setiap satu tin protein soya Shaklee dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera yang sustained.
  5. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ESP adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.
  6. Sangat sesuai bagi pesakit kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (HI) yang rendah iaitu 39.
  7. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh badan. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol.
 
 
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
 

Thursday, 8 November 2012

Soya Bahaya, Benarkah?

Soya Bahaya, Benarkah?

Bukan sekali, malah berkali-kali saya menerima pertanyaan tentang bahaya soya. Ini berikutan dalam rangkaian produk Shaklee yang terbaik adalah ESP (soy protein). Jika soya bahaya, kenapakah Shaklee menggunakan soya?

Satu penyelidikan cohort telah dibuat di China, dinamakan The Shanghai Breast Cancer Survival Study oleh beberapa orang profesor iaitu Xiao Ou Shu, MD, PhD; Ying Zheng, MD, MSc; Hui Cai, MD, PhD; Kai Gu, MD; Zhi Chen, MD, PhD; Wei Zheng, MD, PhD; Wei Lu, MD, PhD.

Jadi penyelidikan itu telah dapat disimpulkan bahawa pengambilan soya merendahkan kadar kematian akibat kanser payudara.

LAPORAN KAJIAN TERSEBUT BOLEH DIBACA DI SINI


Jadi, yang mana anda nak percaya? Email forwarded atau kajian profesor?
 
credit

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 31 October 2012

Bahaya Asid Folik Sintetik Terhadap Ibu dan Bayi

Bahaya Asid Folik Sintetik Terhadap Ibu dan Bayi

Ibu mengandung dan asid folik, yakni sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan spina bifida; adalah begitu sinonim. Malah ibu mengandung dibekalkan dengan asid folik oleh doktor.
susu ibu hamil
Asid folik adalah sejenis vitamin B yang mengawalselia sinstesis DNA dan gen. Oleh kerrana itu asid folik amat penting dalam perkembangan fetus. Ia amat penting pada awal kehamilan bagi mengelakkan kerosakan tiub neural, atau spina bifida.
Walau bagaimanapun, 99% asid folik di pasaran adalah dari jenis sintetik. Asid folik yang diperbuat daripada pteroylglutamic acid yang tidak samasekali bersamaan dengan folate, yakni asid folik yang terjadi secara semulajadi dalam tumbuhan seperi bayam, sawi dan brokoli.
Kajian saintifik telah mendedahkan bahawa pengambilan asid folik sintetik memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi yang dikandung:
  • Para pengkaji membuat penelitian ke atas wanita yang mengambil asid folik selama 30 tahun, mereka mendapati wanita2 ini berisiko 2 kali ganda untuk menghidap kanser payudara
  • Satu kajian lain mendapati selepas 10 tahu, wanita yang mengambil asid folik mempunyai 20-30% lebih tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara
  • Asid folik sintetik kemungkinan menyumbang kepada ‘penggalak kanser’ dalam tubuh
  • Asid folik sintetik juga dikaitkan dengan peningkatan kanser prostat dan kolorektal
  • Asid folik sintetik semasa mengandung berkait rapat dengan masalah asma di kalangan kanak-kanak, masalah jangkitan saluran pernafasan dan pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak
Walaubagaimanapun, asid folik dalam bentuk semulajadi amat penting untuk wanita dan kanak-kanak. Ibu yang mengambil asid folik bukan dari sumber sintetik didapati kurang risiko mengidap ADHD (hyperaktif). Banyak kajian mencadangkan asid folik dalam bentuk folate merendahkan risiko kanser di kalangan kanak-kanak.
Shaklee B Complex dengan asid folik yang mempunyai bioavailabiliti yang tinggi, adalah asid folik natural yang pertama dalam bentuk supplement. Bioavailabiliti adalah keupayaan nutrient tersebut diserap oleh tubuh, dan pastinya ia bukan sintetik.
asid folik
Dapatkan hanya yang terbaik untuk anda (ibu) dan juga bayi yang dikandung. Buatlah pilihan yang tepat.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 25 October 2012

Testimoni: Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Testimoni: Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Sememangnya produk paling laris ni tak pernah mengecewakan. Dan semakin ramai yang jatuh cinta dengan ESP ni.

Bagi yang baru nak kenal ESP ni, sebenarnya nama asalnya adalah Energizing Soy Protein tapi sejak awal tahun 2012 Shaklee telah rebranding kepada Soy Protein Isolate Powder. So jangan hairan la kalau google, ada banyak post yang masih menggunakan namanya yang lama.

Banyaaaaaaak sangat kegunaan ESP ni. Nak kurus boleh, nak banyakkan susu boleh, nak cantikkan kulit boleh, nak lebih anjal boleh, nak lebih sihat boleh. Pendek kata macam2 lagi la kebaikan ESP ni.

Jom kita baca testimoni penguna2 ESP:





So apalagi? Taknak ke alami sendiri kebaikan2 ESP ni?

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 18 October 2012

Shaklee Soy Protein Pilihan Wanita Masa Kini

Shaklee Soy Protein Pilihan Wanita Masa Kini

Menjadi seorang wanita adalah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana kita memegang banyak title dalam kehidupan harian. Wanita adalah juga mungkin seorang ibu, seorang anak, seorang isteri, seorang ketua, seorang pemimpin,. Wanita sekarang sudah tentu berdepan dengan pelbagai cabaran dan gaya hidup yang memerlukan kita bekerja. Kesihatan kita sebagai wanita perlu juga dititik beratkan. Jika kita tidak sihat, mungkin satu keluarga terjejas. Khas untuk wanita hebat, kenali Shaklee Soy Protein untuk membantu kita dapatkan gaya hidup yang lebih positif.

PROTEIN SOYA




Secara asasnya apakah fungsi protein soya?

soya shaklee


" soy protein is a body's basic building blocks and the amino acids are needed to maintain and repair cells, tissues and muscles. Soy has been shown to improve menopause-related symptom, prevent estrogen-deficiency diseases such as heart disease, stroke and osteoporosis, and preventing breast cancer in women. While pregnant women need more protein than the average women in order to support the needs of their bodies as well as those of their rapidly developing infants"

Cuba tengok betapa impak positif yang kita dapat bila mengamalkan soya ni kan. Oleh kerana dalam soya ini ada amino asid yang diperlukan untuk memperbaiki sel, tisu dan otot kita. Maka tidak hairanlah jika ada perubahan positif pada payudara anda bila mengamalkannya:)

Protein soya juga akan membantu memperbaiki simptom-simptom menopause, yang mana ianya adalah satu tempoh yang menguji mental dan fizikal seorang wanita. Paling best lagi ia juga menghindarkan kita dari serangan jantung, strok dan osteoporosis iaitu kerapuhan tulang. Apa taknya, wanita melahirkan anak, menyusukan anak dan mengalami proses kehamilan, risiko kerapuhan tulang adalah sangat tinggi. Tolong jaga kesihatan sama ye para wanita kerana kesihatan kita tiada gantinya. Tapi paling ditakuti adalah barah payudara. Sekurang-kurangnya dengan mengamalkan soy protein ini dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser walaupun mungkin ada yang berkata jika sudah hendak berlaku, makan apa pun sama saja, tapi adakah kita tidak ingin berusaha? Usaha untuk memelihara kesihatan yang baik adalah satu tanggungjawab dan amanah pada diri sendiri bukan?

Paling best fakta tentang soy protein adalah ibu mengandung adalah sangat memerlukannya kerana ibu mengandung memerlukan protein yang lebih semasa mengandung untuk keperluan diri dan anak dalam kandungan.

Tidak ragu lagi, jika ingin mendapatkan info lanjut tentang soy protein shaklee ini, bolehlah baca di sini.

Moga bermanfaat untuk semua.

soy isolate protein


Testimoni pengguna soy protein shaklee:

"Salam sejahtera,saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya mengambil ESP dan CINCH. Ceritanya bermula semasa bulan puasa lepas. Wife saya yang menggalakkan saya ambil cinch dicampur dengan ESP untuk memberikan tenaga semasa bulan puasa. Alhamdulillah, saya rasa bertenaga selepas ambil CINCH + ESP. Saya ambil semasa sahur dan semasa berbuka. Alhamdulillah, nak pergi solat tarawikh pun tak rasa lembik, (tapi kekadang tu malas jgk hehhe). Lagi yang bestnya, sebab diet terjaga, dibantu dengan CINCH +ESP, berat badan turun 4kg. Alhamdulillah, saya teruskan minum CINCH . Berat sekarang dapat maintain, dah tak naik sangat sebelum ambil CINCH. Sejak menggunakan shaklee, saya baru serius ambil berat tentang kesihatan, sekarang dah rajin turun padang main bolasepak, atas kesedaran kesihatan . Lagi yang bestnya, SHAKLEE ni memang banyak kajian saintifik, yang perlukan kita banyak membaca, sesuai dengan aktiviti saya sekarang yang sedang buat PHD. Alhamdulillah, terima kasih SHAKLEE."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sejak amik esp sape perasan kuku dia jd cantik cm kuku sy ni?hehe"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
"saya kerja shift. kalau keja pagi pukul 7am-2pm. memang takde waktu makan. nak makan kena curi2. kalau sibuk jangan harap lah. dulu, kalau pagi2 tak breakfast nasi lemak bila dah sampai pukul 11-12 memang perut berbunyi n lutut pun ketar. n balik kerja dah lapar melantak n tidur! petang baru bangun... memang letih kalau sibuk tu nak duduk, nak kencing pun tak sempat :) tu pasal badan naik!

kini senang. saya memang nekad nak berdiet..bukan untuk cantik saja tapi lebi
h kepada untuk kesihatan sebab saya rasa mengah, sakit lutut, letih2! maklumlah umur pun dah 30 kan. setiap pagi saya pastikan shake. dengan ESP atau cinch. minuman ni buat perut jadi kenyang dan tak terlalu berat. nak buat kerja pun lebih aktif.kalau 1 shift tak makan pun memang boleh bertahan. bila kita tak terlalu lapar so kita pun boleh kontrol makan. saya makan tengahari ja- tu pun 1/2 atau 1/4 ja. malam memang tak makan dah. bukan sebab tahan lapar tapi memang rasa ke
nyang sampai tak lalu dah nak makan.. so saya dah biasa mcam ni 3 bulan lebih. hasilnya sampai hari ni saya dah susut 14kg.

konsepnya senang je- kawal kalori. bila kita boleh kawal kalori harian dalam 1300-1500 saja sehari berat memang boleh turun dengan sendiri.tapi masalahnya nanti mesti lapar kan? jika perut sentiasa di isi dan kenyang masalah lapar settle! so terpulang pada kita la.. kalau kita kawal makan, pilih makanan yang sihat memang berat akan turun dengan sendiri.
selain tu saya ambil supplemen lain supaya dapat membekalkan saya dengan vitamin2 perlu sebab bila diet ni kita pn kekurangan zat. thats why sesetengah orang yang berdiet mudah selsema, pucat dsbgnya.

selain tu pernah dengar tak bila diet kurus pastu bila bila stop gemuk balik? ni dipanggil effect 'yoyo'. ni terjadi bila amalkan diet yang tak makan karbohidrat. memang cepat tururn tapi metabolisma jadi slow. seolah2 badan kita ni dah lupa cara nak metabolisma carb ni! bila kita start balik makan nasi- sistem badan kita dah jadi huru hara- dia tak reti dah.. metabolisma jadi slow dan carb ni dia akan simpan sebagai lemak! thats why kita kena makn juga carbohidrat ni sebab itu memang makanan asas kita. so boleh makan nasi- tapi kawal.. bukan nyer sampai 3 pinggan sehari 1/4 pun cukup. makan untuk keperluan je."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 17 October 2012

Proses Bagaimana Susu Badan Dihasilkan

Proses Bagaimana Susu Badan Dihasilkan

Menyusukan bayi adalah satu proses yang perlu dipelajari. Ia memerlukan kesabaran dan juga praktis. Ada sesetangah ibu akan kecundang dalam proses ini kerana mengalami rasa kecewa dan tidak selesa. Kadangkala situasi yang lain juga menyumbang seperti ibu mengalami masalah kesihatan dan juga bayi keluar lebih awal. Namun jangan sesekali mengalah kerana proses penyusuan adalah satu proses yang akan menjadi lebih senang jika dipelajari.
 
Mari kita pelajari konsep yang paling basic dalam penyusuan iaitu semakin kerap anda kosongkan payudara, semakin banyak susu yang akan terhasil.

BAGAIMANA SUSU DIHASILKAN?

Mempelajari bagaimana susu dihasilkan akan menolong kita memahami proses itu dengan lebih mudah. Mari kita lihat:
bagaimana susu dihasilkan
kredit info to womenhealth
  • Glandular tissue – body tissue that makes and releases one or more substances for use in the body. Some glands make fluids that affect tissues or organs. Others make hormones or assist with blood production. In the breast, this tissue is involved in milk production.
  • Connective tissue – a type of body tissue that supports other tissues and binds them together. This tissue provides support in the breast.
  • Blood – fluid in the body made up of plasma, red and white blood cells, and platelets. Blood carries oxygen and nutrients to and waste materials away from all body tissues. In the breast, blood nourishes the breast tissue and provides nutrients needed for milk production.
  • Lymph – the almost colorless fluid that travels through the lymphatic system and carries cells that help fight infection and disease. Lymph tissue in the breast helps remove waste.
  • Nerves – cells that are the building blocks of the nervous system (the system that records and transmits information chemically and electrically within a person). Nerve tissue in the breast makes breasts sensitive to touch, allowing the baby’s sucking to stimulate the let-down or milk-ejection reflex and milk production. Learn more about let-down reflex.
  • Fatty tissue – connective tissue that contains stored fat. It is also known as adipose tissue. Fatty tissue in the breast protects the breast from injury. Fatty tissue is what mostly affects the size of a woman’s breast. Breast size does not have an effect on the amount of milk or the quality of milk a woman makes.
 
Sel yang dipanggil ALVEOLI ini menghasilkan susu. Semasa mengandung, sesetengah ibu akan berasa payudaranya penuh dan lembut yang mana ini menunjukkan ALVEOLI sudah bersedia untuk bekerja. ALVEOLI ini menghasilkan susu bila bertidnakbalas dengan hormon PROLAKTIN. Hormon PROLAKTIN terhasil semasa baayi menghisap. Dan bila bayi mula menghisap, satu hormon lagi dipanggil HORMON OXYTOCIN akan menyebabkan rasa kontraksi otot dan menyebabkan susu akan disalurkan melalui MILK DUCTS. Proses pengaliran susu ini dipanggil LET DOWN REFLEX.
 
Hormon OXYTOCIN inilah yang bertanggungjawab mengembalikan saiz uterus/rahim anda kepada normal. Ia juga akan mengurangkan pendarahan/tumpah darah selepas melahirkan. Hormon OXYTOCIN ini juga dikenali sebagai HORMON CINTA kerana ianya boleh membantu perasaan kasih sayang antara ibu dan bayi.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 9 October 2012

Vitamin E Shaklee Dengan Formula Baru - Ekstrak Biji Anggur

Vitamin E Shaklee Dengan Formula Baru Yang Lebih Hebat - Ekstrak Biji Anggur

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran & dalaman, semestinya pengambilan Vitamin E tidak akan diabaikan dan tidak hairan kalau dikatakan bahawa Vitamin E merupakan vitamin wajib yang perlu diambil. Namun haruslah berhati2 dengan Vitamin E yang dipilih kerana terdapat pelbagai jenis, jenama Vitamin E dipasaran yang sedia ada. Semestinya Vitamin E semulajadi dan berkualiti adalah pilihan yang terbaik berbanding Vitamin E sintetik.
 
Berdasarkan kepentingan itu, Shaklee sentiasa menjalankan ujian dan kajian untuk memastikan setiap produk keluarannya sentiasa diperbaiki dan memberikan kebaikan yang optimum kepada pengamalnya. Terbaru, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan formula terbarunya, Vita-E Complex with grape seed extract.




Perbezaan dengan Vitamin E yang lama

Sudah tentu kandungannya, kini mengandungi ekstrak biji anggur. Dan warnanya lebih kehitaman berbanding Vitamin E yang lama yang lebih kekuningan. Tapi saya tak snap pulak gambarnya. Maybe next time saya uploadkan :)
 

Kenapa Shaklee pilih ekstrak biji anggur?



  • Ekstrak biji anggur mengandungi unsur tumbuhan semulajadi (bioflavonoid) yang menguatkan dan melindungi tisu.
  • OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih kuat dari Vitamin E dan 20x lebih kuat dari Vitamin C
  • Ekstrak ini bertindak sebagai antioksida, antihistamin, antiradang, anti-alergi
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya
  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah


Manfaat tambahan ekstrak biji anggur

Info ni saya petik dari blog Lydzar:


  • Mencegah pembentukan plak dalam arteri.
  • Meningkatkan kecerdasan mental dan boleh membantu untuk mengelakkan keadaan uzur.
  • Mencegah kerosakan gigi
  • Membantu untuk mencegah osteoporosis
  • Boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan sel kanser
  • Membantu peredaran darah
  • Mengatasi komplikasi disebabkan oleh kencing manis
  • Meredakan konstipasi (sembelit)
  • Ia adalah larut minyak, menyampaikan perlindungan antioksidan dengan menembusi membran sel seluruh badan.
  

Vitamin E yang lama sudah sedia hebat, tapi bila ditambah lagi dengan ekstrak biji anggur ni...bertambah2 hebat la. Apa tunggu lagi? Place your order now!
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 4 October 2012

Soy Protein Isolated vs Soy Protein Concentrate

Soy Protein Isolated vs Soy Protein Concentrate

Bulan Oktober ni merupakan bulan promo extravaganza ESP (Soy Protein Isolate Powder) atau nama lamanya Energizing Soy Protein. Bagi mereka yang memang peminat setia ESP, sudah pastinya telah merasai kehebatan ESP hasil daripada pengambilan yang konsisten.  
 
 
Saya nak share info tentang soy protein untuk bacaan bersama. Info ni saya petik daripada MommyLyna:
 
Terdapat banyak jenis produk soya di pasaran, selain air soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Selain itu soya juga terdapat dalam bentuk tepung seperti protin soya (soy protein). Soy protein juga mempunyai banyak kategori, antaranya soy protein concentrate, textured soy protein dan soy protein isolate.

Apakah beza antara 3 jenis soy protein ini?


Soy protein concentrate adalah protein soya yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya. Kandungan protein dalam soy protein concentrate dalam 65% dan ia masih ada rasa soya kerana karbohidrat di dalamnya masih ada.
 
Soy protein isolate pula adalah soy protein concentrate yang diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah protin soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%.
 
Textured soy protein pula bila tepung protein soya yang melalui proses extrusion yang mana menjadikan teksturnya menjadi padat dan kasar.
 
Perbezaan proses yang dijalankan ke atas soya-soya ini memberi seribu perbezaan terhadap kesan-kesan langsung dan kesan sampingannya.
 
Malah, soy protein isolate juga dihasilkan dengan proses berbeza yang turut memberi kesan kepada khasiat dan kandungan phytonutrien dalam soya tersebut.
 
Antara proses2 yang mengurangkan khasiat malah memberi kesan buruk terhadap soy protein isolate ialah:
  • Diproses dengan suhu tinggi
  • Pengasingan dibuat dengan menggunakan alkohol
  • Penggunaan bahan kimia
 
Oleh itu, kita harus bijak memilih protein soya terbaik untuk diambil sebagai tambahan kepada diet. Pastikan produk soya pilihan anda selamat dari soya-soya yang boleh meningkatkan risiko kanser!
shaklee soy protein
ESP Shaklee, pilihan terbaik!
 

So, jangan ketinggalan mendapatkan produk yang sentiasa laris ni dengan HARGA RUNTUH! Offer ni bukan selama-lamanya. Jangan berlengah lagi dan hubungi saya untuk pesanan sekarang.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Resveratrol vs Kanser dan Penyakit Lain

Resveratrol vs Kanser dan Penyakit Lain

Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebt terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.

Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical COllege, resevratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur2 jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran daran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Resevratrol juga terkenal sebagai ejen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resevratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain2 kesan penuaan pada kulit.

Resevratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.

Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resevratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.
Jadi sebagai alternatif yang selamat dan halal, untuk resveratrol ini, Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat bagus, VIVIX yang mana:-
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah (jangan minum wain, haram!)
  • 2500 kajian yang diterbitkan terhadap bahan2 yang digunakan dalam Vivix
  • Vivix adalah 10 kali lebih power dari resveratrol semata-mata

Siapa yang patut mengambil Vivix?

  • Warga emas
  • Mereka yang mempunyai risiko kanser
  • Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser
  • Mereka yang menghidap diabetes jenis 1
  • Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit
  • Mereka yang tua sebelum masanya
  • Merekayang tinggi kolesterol dalam darah
  • Mereka yang berisiko sakit jantung

***jangan ambil Vivix sekiranya anda sedang menjalani rawatan kimoterapi

Amalkanlah Vivix untuk kesihatan unggul. Hadiahkan satu kepada ibu dan satu kepada ayah… Pastinya pemberian yang lebih disukai oleh mereka :)

credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.