"Mama, jangan biarkan saya berisiko mengalami spina bifida"
Jikalau bayi seawal usianya dalam kandungan boleh bercakap, mungkin ini adalah kata-kata yang akan terkeluar dari mulutnya...mungkin...
Bagi mereka yang belum tahu apa itu spina bifida, meh sini saya terangkan secara ringkas.
Apa itu spina bifida?
Spina bifida atau kecacatan tiub neural. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak antara vertebra.
Jenis-jenis spina bifida
1) Spina bifida okulta (tersembunyi)
- paling biasa berlaku dan tidak serius. Terdapat jarak kecil antara vertebra pada tulang belakang. Mereka yang mengalaminya samada akan mempunyai simptom ringan atau tiada simptom langsung dan tidak menyedari bahawa mereka mengalami spina bifida.
2) Mielomeningosele (meningomielosele)
- merupakan jenis yang paling serius di mana terdapat bonjolan berupa sista atau pundi (mengandungi tisu dan saraf) yang diselaputi kulit dan dapat dilihat di belakang badan. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini kebiasaannya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian2 tertentu bergantung kepada lokasi terjadinya spina bifida berikutan saraf tunjang rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna.
Kebanyakan kanak2 yang mengalami spina bifidan jenis ini akan mengalami hidrocefalus iaitu keadaan dimana cecair sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Ini terjadi apabila beberapa bahagian otak rosak sebelum bayi dilahirkan lalu menghalang cecair tersebut keluar dengan sempurna.

3) Spina bifida meningosele
- jenis spina bifida yang paling jarang berlaku dimana sista yang menyelaputi membran mudah pecah.
Dianggarkan kira2 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan populasi mengalami spina bifida okulta tanpa menyedarinya.
Manakala kira2 1 dalam 1,000 bayi yang dilahirkan mengalami spina bifida jenis mielomeningosele.
Sebenarnya kacacatan tiub neural ni boleh dikesan melalui imbasan ultrasound atau ujian darah. Jadi bagi ibu hamil seeloknya jalankan juga ujian untuk mengesan kecacatan tiub neural.
Rawatan yang selalu dijalankan kepada mereka yang mengalami kecacatan tiub neural yang teruk adalah melalui pembedahan, dan ada sesetengah kes yang dibiarkan sembuh dengan sendiri.
Cuba bayangkan ada bayi yang mengalami kecacatan tiub neural yang teruk harus dibedah hanya 2 hari selepas dilahirkan...tak sanggup rasanya nak biarkan si kecil yang baru lihat dunia masuk sekali lagi ke bilik bedah.

Oleh kerana itu, ibu2 disarankan mengambil kuantiti asid folik yang mencukupi iaitu 400mcg sehari bagi mengelakkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub neural. Prevention is better than cure kan.
Seeloknya ibu mula mengambil asid folik ni seawal masa merancang kehamilan lagi sehinggalah usia kandungan mencecah 3 bulan.
Jadi para ibu, mulai hari ini jangan lagi skip mengambil asid folik.
Nak order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?
Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
Berminat jadi ahli Shaklee? Klik link di bawah dan isikan details anda.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment