Tuesday, 29 September 2015

Tips Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu

Jerebu datang melanda lagi untuk kali keberapa entah dalam tahun ni saja. Tapi dalam banyak-banyak musim jerebu yang melanda, pengalaman saya dalam musim jerebu pada kali ini adalah yang paling teruk berbanding musim jerebu yang lepas-lepas.
Masakan tidak teruk jika berada di luar rumah tiada apa yang nampak melainkan kelabu (asap) sahaja. Semasa memandu juga terpaksa lebih berhati-hati dari biasa kerana jarak penglihatan yang pendek.
apakah jerebu

PUNCA JEREBU

  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap dari kilang
  • Asap dari kenderaan
Saya pernah berada di luar rumah pada waktu malam memandangkan terpaksa ke kedai membeli barang. Walaupun berada di luar rumah pada waktu yang singkat tapi kesannya amat terasa…mata pedih seperti ada habuk yang besar masuk dalam mata dan tekak sangat perit.
Jika orang dewasa pun sudah cukup terkesan dengan jerebu ni, apatah lagi kanak-kanak. Kerana itu juga sekolah di sesetengah negeri yang terbabit ditutup beberapa kali disebabkan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang sangat tinggi.
NILAI IPU
STATUS
0 – 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak Sihat
201 – 300
Sangat Tidak Sihat
301 – 500
Berbahaya

GOLONGAN BERISIKO TINGGI KETIKA JEREBU

1.  Kanak-kanak
2.  Orang tua
3.  Wanita mengandung
4.  Mereka yang mengalami penyakit
     -  jantung
     -  asma
     -  bronkitis
     -  radang paru-paru
     -  penyakit paru-paru yang kronik
     -  alahan/sensitif kepada habuk
5.  Perokok
6.  Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kalau nak diikutkan sebenarnya jerebu yang berpanjangan ni mengancam kesihatan semua orang tapi risiko lebih tinggi kepada mereka yang berada dalam kelompok seperti di atas. Jadi seboleh mungkin elakkan aktiviti/kegiatan di luar.

KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN

  • Gatal di bahagian kerongkong dan batuk
  • Sesak nafas atau sukar untuk bernafas
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Kulit badan gatal-gatal
  • Terasa sakit dada

**Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Selain daripada kesan terhadap kesihatan, jerebu ni juga menyebabkan bau-bauan yang kurang enak. Kemana-mana pun penuh dengan bau asap. Bayangkan sajalah basuhan yang saya jemur pada sebelah pagi, mulanya wangi je sebab letak banyak pewangi kan…tup tup bau asap bila diangkat pada sebelah petang. Penyelesaiannya, saya jemur basuhan saya dalam rumah J
Kalaulah menyelesaikan masalah jerebu yang memberi kesan kepada kesihatan ni semudah mengubah tempat menjemur basuhan baju kan bagus…

TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK MENGUATKAN IMUN BADAN

Hakikatnya, kita tak boleh nak kawal jerebu tapi kita boleh usaha mencegah jerebu dari memberi kesan terhadap kesihatan kita dengan menguatkan sistem imun badan kita. Lebih-lebih lagi pada anak-anak yang masih belum kuat sistem imunnya.
tips menguatkan imun
  1. Air kosong – pengambilan air kosong yang banyak membantu buah pinggang mengeluarkan semua bahan toksin yang telah diserap ke dalam badan melalui kulit dan paru-paru.
  2. Vitamin C, E dan Asid Lemak Omega-3 – tingkatkan sistem imun badan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan Vitamin C, E dan Asid Lemak Omega-3 seperti buah oren, kiwi, sayur brokoli, telur dan ikan salmon.
  3. Kopi dan Alkohol – kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan berkafein kerana minuman jenis ini menghauskan badan.
Seboleh mungkin elakkan sebarang aktiviti di luar rumah atau bangunan. Sekiranya anda terpaksa keluar juga atas urusan yang penting, pastikan anda memakai mask N95 yang terbukti lebih berkesan menapis partikel-partikel jerebu.
mask jerebu
Anda juga disarankan sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
ORDER SEKARANG

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 
KETAHUI CARANYA DI SINI 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
CARA JADI AHLI SHAKLEE 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.