Waktu kehamilan merupakan waktu yang indah dan istimewa lebih-lebih sekiranya itu adalah kehamilan pertama. Walaupun ada yang mengalami morning sickness atau loya yang melampau, namun pada waktu inilah si ibu biasanya ditatang sepenuh hati oleh si ayah. Segala permintaan ibu akan ditunaikan oleh ayah dan pastinya ayah lebih prihatin terhadap keperluan pemakanan ibu semasa kehamilan. Ini adalah penting untuk memastikan kesihatan ibu dan juga perkembangan bayi dalam kandungan.
Asid lemak Omega 3 merupakan salah satu nutrien penting yang harus dibekalkan kepada ibu yang hamil.
Apakah itu Asid Lemak Omega 3?
Omega 3 adalah rantaian panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Omega 3 harus diambil dari makanan atau makanan tambahan kerana badan tak berupaya untuk menghasilkannya sendiri.
Kepentingan Dan Fungsi Omega 3
Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak Omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Asid Docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama. Ia penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan, ibu yang sedang menyusukan, juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Omega 3 penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Ketidakseimbangan prostaglandin boleh membawa kepada penyakit.
Omega 3 juga mempunyai manfaat kesihatan yang banyak termasuk pemcegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan mengawal keradangan. Dos Omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Satu kajian baru telah mengenal pasti bahawa pengambilan Omega 3 dapat mencegah penyakit kanser, radang usus dan penyakit autoimun yang lain.
Kepentingan Pengambilan Omega 3 Semasa Kehamilan
Omega 3 penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan penglihatan awal bayi. Kajian menunjukkan bahawa semasa mengandung kandungan Omega 3 dalam badan ibu akan menyusut kerana janin menggunakan Omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Penggunaan Omega 3 yang lebih tinggi juga mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi.
Kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA dalam diet ibu yang hamil memberikan kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayinya. Pengambilan EPA dan DHA yang mencukupi juga boleh mencegah kelahiran pramatang dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.
Apabila ibu bersalin, Omega 3 juga diperlukan untuk menghasilkan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kekurangan pengambilan Omega 3 akan meningkatkan risiko kemurungan atau gangguan emosi selepas bersalin.
Oleh itu adalah penting untuk ibu mendapatkan Omega 3 yang mencukupi melalui pemakanan (kerana badan tidak berupaya mengeluarkan Omega 3).
Makanan Mengandungi Omega 3 (EPA + DHA)
Makanan yang mengandungi EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Namun adalah sukar untuk kita pastikan bahawa pengambilan Omega 3 dari makanan ini mencukupi.
Ibu-ibu tak perlu risau lagi, hanya dapatkan Omega Guard Shaklee untuk memenuhi keperluan Omega 3 dalam badan. Bukan setakat dapat EPA dan DHA je, malah lebih dari itu.
Omega Guard Shaklee merupakan
minyak ikan paling tulen dan terbaik di dunia kerana mengandungi 7 jenis asid
lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, LHA, ALA dan lain-lain.
Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3
termasuk DHA dan EPA.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.