Tuesday, 25 September 2012

Khasiat Vivix Shaklee Untuk Lambatkan Penuaan Sel

Khasiat Vivix Shaklee Untuk Lambatkan Penuaan Sel

Penuaan kini diertikan sebagai – penuaan sel-, tidak lagi digambarkan oleh sel yang semakin berusia. Malah berusia itu tak semestinya ‘tua’. Ini kerana kita boleh tengok orang muda2 pun dah nampak macam orang tua… baik dari segi rupa mahupun kesihatan.
 
Penuaan itu bermula dari sel kita. Sel yang mengalami penuaan ialah sel yang mula rosak kerana perkara2 seperti stress, diet yang malnutrisi (samada kurang atau terlebih!) dan toksin dari alam sekitar kira.
 
Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi meningkatkan tekanan biologi sekaligus menjadi salah satu faktor penuaan sel.

Tahukah anda bahawa semakin kita meningkat usia, bilangan dan fungsi mitochondria, yakni ‘kilang penghasilan tenaga’ dalam sel kita semakin menurun, menyebabkan tenaga sel semakin berkurangan. Ia menjadikan metabolisma kita semakin menurun.
 
Dan setiap hari, sel-sel tubuh kita diserang oleh berjuta2 radikal bebas yang merosakkan DNA sel kita. Kerosakan sel juga boleh disebabkan oleh pengumpulan AGE (aadvance glycation end products) yakni hasil tindakbalas sel protein dengan gula.
 
Badan kita secara semulajadi menghasilkan radikal bebas, yakni ekzos dari tindakan metabolisma sel.. dan tubuh kita juga ada antioksidan semulajadi. Namun disebabkan perkara2 di atas, badan kita dah tak cukup antioksidan semulajadinya bagi melawa radikal2 bebas perosal sel tersebut.
 
Maka dengan itu kita perlukan antioksidan yang bagus dari pemakanan kita.
 
Dan ini hasil kajian bertahun Shaklee. terhasillah Vivix, yang mempunyai resevratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resevratrol semata-mata.
 
Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!
 
Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti memperlahankan proses penuaan sel dengan 4 cara:
  • - meningkatkan sistem pertahanan sel
  • - meningkatkan tenaga sel
  • - memperbaiki sel
  • - mengoptimumkan potensi sel

Apa lagi yang menarik tentang Vivix?
  • - Ia adalah natural – tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa dan pengawet.
  • - Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali dari resevratrol semata2 dalam memperlahankan penuaan sel.
  • - Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • - Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.
 
Dapatkan Vivix hari ini.. Untuk anda, ibu, bapa, mentua, adik, kakak, abang… Hubungi saya untuk offer menarik Vivix.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Di Sebalik Supplement – Tidak Semua Sama

Di Sebalik Supplement – Tidak Semua Sama

Pernahkan anda berjalan2 di farmasi sekitar mencari-cari bekalan supplemen? Atau berdiri di tepi jalan dan seseorang merapati sambil mengiklankan sesuatu berupa supplemen? Atau mendapat email tentang suplemen yang bagus untuk kecantkan anda?
Supplement, atau dietary supplement adalah istilah yang digunakan untuk produk yang mengandungi satu atau lebih dari bahan-bahan di bawah:-
  • Vitamin
  • Mineral
  • Herba
  • Asid Amino
  • Sebarang bahan lain

Tujuan supplemen adalah untuk menambah baik nutrisi dalam diet sesetengah golongan dan BUKAN UNTUK MENGGANTIKAN DIET SIHAT.

Berlainan dengan ubat (dadah), DCA, KKM, FDA atau mana2 badan yang mengawal produk2 seumpamanya tidak mempunyai undang2 yang ketat untuk produk makanan tambahan. Sebelum apa2 ubat dipasarkan, FDA akan memastikan ia telah menjalani ujian klinikal untuk memastikan keselamatan, keberkesanan serta interaksi dengan ubatan lain. Tapi tidak untuk supplemen.. Pengeluar hanya perlu menghantar laporan yang mengesahkan produk mereka selamat untuk diambil oleh manusia, serta:
  • Tidak mengandungi bahan2 tercemar seperti toksin, bakteria, pestisid, kaca, plumbum dan lain2 bahan berbahaya.
  • Mengandungi apa yang disenaraikan dalam Bahan-Bahan pada label.
  • Dipakejkan dengan baik.
  • Dibuat daripada bahan2 yang diuruskan dengan baik.

Walaubagaimanapun, pengeluar suplemen tidak perlu membuktikan produk mereka selamat dan berkesan.
Oleh kerana itu kita banyak dapati suplemen2 palsu yang dijual merata2. Yang dicampur dengan macam2 agar pengguna merasai ‘kesannya’.
Dan keluarlah kes-kes seperti ini:
shaklee online
Berhati-hatilah memilih suplemen.. Jangan teruja dengan testimonial. Testimonial pun boleh tipu!
Kerana itulah saya benar-benar yakin dengan Shaklee. Shaklee adalah sains, bukan testimonial.
Link di bawah membantu mereka yang mencari sains di sebalik Shaklee:

Buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan anda!


credit to MommyLyna
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Risiko bayi yang tidak diberi susu ibu

Risiko bayi yang tidak diberi susu ibu

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:


1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.


2. Diabetes

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.


3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.


4. Masalah pernafasan

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.


5. Jangkitan telinga

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.


6. Kanser

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.


7. Jangkitan saluran pencernaan

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.


8. Keberkesanan vaksin

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)


9. Perkembangan rahang dan otot muka

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.


10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 19 September 2012

ALAHAN MAKANAN

ALAHAN MAKANAN

Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak-kanak boleh mendapat gatal-gatal kulit, lelah resdung, cirit, muntah-muntah dan sebagainya setiap kali mereka makan bahan-bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan (food allergy). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi, malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi. Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu, janin dalam rahim mereka aktif dan menendang lebih kuat daripada biasa. Ini reaksi terhadap sesetengah jenis makanan. Alahan makanan berbeza dengan masalah penghadaman. Antibodi boleh dikesan di dalam darah seseorang yang mengalami alahan makanan.
Kes alahan makanan memang pernah juga di temui di klinik kanak-kanak. Tetapi, kanak-kanak yang mengalaminya tidak semestinya menunjukkan alahan terhadap bahan-bahan yang sama. Ia berbeza antara seorang kanak-kanak dengan kanak kanak lain. Penyakit alahan seperti lelah, resdung, mata merah dan gatal-gatal kulit sering dialami. Berikut iailah satu contoh riwayat kes kanak -kanak yang mengalami alahan.

KES

Arif dilahirkan normal, cukup bulan, dalam keadaan baik dan beratnya 3.2kg. Ibunya telah memberinya susu badan sehingga dia berusia dua bulan. Berat badanya naik dengan memuaskantetapi apabila ibunya mula bekerja semula, Arif telah diberikanformula susu tepung lembu kerana ibunya tidak berupaya memberinyasusu badan lagi. Dua minggu selepas pemberian susu formula tepung, bibir Arif mula kelihatan kekeringan dan kemerah-merahan. Kulit badannya juga mula kelihatan kering sehingga kebahagian lampin. Dia lebih kerap membuang air besar dan najisnya pula kelihatan lebih cair. Ibunya telah membawa dia berjumpa doktor tetapi ubat yang dibekalkan agak kurang nyenyak tidur, sering terjaga di waktu malam dan menangis berpanjangan. Dia selalu batuk -batuk terutama padawaktu malam. Dia juga kerap muntah pada waktu siang hari. Adakalanya, mulutnya kelihatan merah sewaktu menyusu. Dia juga tidak bergitu berminat untuk menyusu. Walau bagaimanapun, dia tetap sihat dan aktif dan menunjukkan tahap perkembangan yang memuaskan. Ayahnya dan kakaknya menghidap penyakit lelah. Doktor menasihatkan ibunya supaya tidak memberi Arif susu tepung lembu selama dua minggu dan menukar kepada susu protein soya. Selang beberapa hari sahaja Arif kelihatan lebih riang daripada biasa. Kulitnya tidak lagi terlalu kering dan tidak lagi batuk atau muntah-muntah pada waktu malam. Tidurnya lebih nyenyak dan berat badanya juga naik dengan memuaskan.

Sebulan kemudian, ibunya telah memberinya susu tepung lembu kembali. Masalah lamanya berulang kembali. Dia kurang minat menyusu dan kulitnya mula kering serta menjadi menjadi merah. Sekali lagi ibunya dinasihatkan supaya memberi Ariff susu kacang soya. Keadaannya berubah menjadi lebih baik. Tanda-tanda ini berulangkembali apabila si anak itu diberi susu tepung lembu dengan tidak sengaja oleh pembantu rumahnya dan reda semula apabila pemberian susu tepung dihentikan. Ibu bapanya semakin yakin yang anak mereka memang alah pada susu lembu dan mereka lebih berjaga-jaga agar anak mereka tidakdiberi makanan yang mengandungi bahan-bahan daripada susu lembu.
Riwayat di atas merupakan satu contoh kes kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Selain susu lembu, ada bahan-bahan makanan lain yang merupakan unsur alahan bagi sesetengah kanak-kanak. Setiap kali bahan-bahan alahan itu dimakan, timbullah reaksi gatal-gatal, hidung berhingus, batuk dan muntah, cirit dan sebagainya. Lazimnya, si ibu yang memerhatikan dengan teliti pemakanan anaknya akan dapat mengagak bahan-bahan makanan yang tidak serasi dengan si anak.
Antara bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah telur, daging, udang dan bahan awetan.
Penyakit-penyakit lain juga boleh mengakibatkan tanda-tanda yang sama seperti yang dipamerkan oleh mereka yang menghidap alahan makanan. Umpamanya seseorang kanak kanak yang cirit-birit dan muntah-muntah berkemungkinan terkena keracunan makanan (food poisoning) , penyakit cirit- birit akibat jangkitan kuman atau reaksi alahan (allergic reaction) terhadap bahan makanan.

Bagaimana hendak mengenal pasti alahan pada bahan pada makanan ?

Seseorang doktor yang menilai dan memeriksa bayi atau kanak-kanak perlu sentiasa memikirkan kemungkinan berlakunya alahan makanan jika si anak itu menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah ini :-
· Selsema, batuk-batuk, merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut.
· Ekzema kulit, gatal-gatal kulit.
· Kurang subur, sering muntah-muntah dan cirit serta perut buncit .
· Sentiasa resah, tidak nyenyak tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif.
Tanda-tanda yang sama boleh juga terdapat pada berbagai-bagai jenis penyakit lain. Seseorang doktor boleh mengesyaki kemungkinan berlaku alahan makanan dengan mengambil riwayat yang terperinci dari ibu bapa tentang kaitan di antara bahan-bahan yang di makan dengan tanda-tanda yang ditunjukkan. Kanak-kanak yang memepunyai riwayat seperti Arif mungkin mengalami alahan makanan.
Adakalanya, agak sukar untuk mengenal pasti bahan makanan yang menyebabkan alahan kerana si anak mengambil berbagai-bagai jenis makanan. Satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan jadual makanan harian yang tidak mengandungi bahan-bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan melihat sama ada tanda-tanda alahan itu reda atau berkurangan setelah kanak-kanak tersebut mengambil bahan-bahan makanan itu selama satu atau dua minggu. Ibu bapa sendiri boleh mengesyaki bahan-bahan makanan yang tidak serasi dengan anak mereka. Kadangkala, si anak sendiri tidak mahu mengambil sesuatu jenis makanan, seolah-olah sistem badannya tahu bahawa bahan-bahan tersebut tidak sesuai baginya.
Adakalanya pula, doktor menggunakan ujian kulit (skin tests) untuk mengecam tanda-tanda berlakunya alahan makanan. Ujian darah seperti IgE, RAST dan lain-lain boleh membantu memberikan maklumat tentang punca alahan yang dialami oleh kanak-kanak itu.
Kadangkala, seseorang anak itu disyaki alah terhadap beberapa jenis makanan. Dalam keadaan ini, si ibu perlulah menyediakan makanan khas. Bantuan serta nasihat pakar kanak-kanak dan pakar diet diperlukan. Dalam tempoh satu minggu , semua bahan makanan yang biasa dimakan oleh anak itu (seperti susu, telur, ayam dan makanan yang mengandungi bahan awetan) akan dielakkan. Si anak hanya akan diberikan bahan makanan segar selama satu minggu. Nasi, daging, sayur dan buah-buahan boleh terus diberikan sedikit demi sedikit. Si anak akan diperhatikan untuk mengesan sebarang tanda alahan. Jika tanda-tanda alahan masih tidak reda doktor pakar boleh membuat andaian bahawa kemungkinan kanak-kanak tersebut telah diberikan bahan makanan yang tidak serasi secara tidak langsung tanpa disedari. Umpamanya, walaupun si anak tidak diberi makan telur, dia mungkin akan tetap menunjukkan tanda alahan jika kuih-muih yang mengandungi ramuan telur diberikan.
Jika tanda-tanda alahan telah reda , bahan-bahan makanan yang biasa dimakannya dahulu bolehlah mula diberikan sedikit setiap hari. Pengambilan bahan-bahan makanan itu ditambah jika tanda-tanda alahan tidak timbul walaupun setelah bahan-bahan itu banyak dimakan , bolehlah dibuat kesimpulan bahawa si anak itu tidak alah terhadap bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan makanan lain pula boleh dicuba denagn cara yang sama. Dengan cara ini, dapatlah diketahui bahan makanan mana yang tidak serasi dengan anak itu.

Masalah penghadaman

Adakalanya, seseorang kanak-kanak itu menunjukkan kurang keserasian terhadap sesuatu jenis bahan makanan sehingga menimbulkan masalah penghadaman. Keadaan ini tidak sama seperti alahan kerana tidak terdapat antibodi dalam darahnya yang boleh menunjukkan dia alah terhadap bahan makanan itu.
Dalam satu majlis jamuan ringan, seorang daripada tetamu telah mengeluh panas badan. Tangannya menggeletar dan dia mengadu sakit perut Sebenarnya, dia tidak serasi dengan bahan monosodium glutamat. Dia pernah menyatakan bahawa dia sering mendapat reaksi ini apabila termakan bahan yang mengandungi monosodium glutamat. Keadaan ini tidak serupa dengan alahan makanan kerana terdapat antibodi seperti yang terdapat pada kanak-kanak yang alah pada susu lembu. Kemungkinan tubuhnya tidak mempunyai enzim atau bahan kimia yang diperlukan untuk proses penghadaman. Ini menyebabkan dia tidak serasi terhadap sesuatu bahan makanan.
Satu lagi contoh ialah kanak-kanak yang tidak serasi dengan gula furktos (fructose intolerance) kerana tubuhnya tidak mempunyai enzim yang mencukupi. Dia tidak serasi dengan sebarang bahan makanan yang mengandungi fruktos. Gula-gula banyak mengandungi fruktos dan setiap kali kanak-kanak itu memakannya, dia akan kurang berasa kurang selesa, loya, muntah muntah atau terpaksa meluahkannya keluar. Satu lagi keadaan yang biasa berlaku ialah gluten intolerance. Keadaan ini biasanya terdapat di kalangan kanak-kanak di barat. Setiap kali diberi makanan ynag mengandungi gluten seperti yang terdapat dalam beras gandum, dia akan mengalami cirit-birit. Jika dibiarkan berterusan, pertumbuhan badannya mungkin tidak akan subur.
Saya pernah juga bertemu seorang kanak-kanak yang tidak serasi dengan minuman oren kordial dan manis-manisan. Dia akan menjadi lebih resah, terlalu aktif dan singkat tumpuan perhatiannya jika memakan bahan-bahan ini secara berlebih-lebihan. Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun sering mengalami sakit kepala jika dia minum coca-cola atau makan burger daging berlebih-lebihan.
Walaupun keadaan ini jarang berlaku, ia tidak sewajarnya dipandang ringan. Jika dapat dikenal pasti, pengambilan bahan-bahan makanan itu boleh dielakkan.

Bagaimana caranya untuk mengelakkan anak daripada mendapat reaksi alahan?

Jika terdapat masalah alahan dalam keluarga, pastikanlah bayi anda yang baru lahir diberikan susu badan. Pemberian susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan si anak mendapat reaksi alahan. Penyelidikan yang dijalankan oleh pakar kanak-kanak di Hospital Universiti telah menunjukkan bahawa jika si anak itu mendapat penyakit cirit-birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya, dia berkemungkinan besar akan mendapat reaksi alahan jika diberi susu yang mengandungi protien lembu. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi-bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak itu. Sebaliknya, mereka menyarankan supaya telur diberikan hanya selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.
Sesejenis maknan yang baru diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang waktu itu, ibu bapa perlulah memerhatikan kemungkinan timbulnya sebarang reaksi seperti kemerah-merahan di sekeliling bibir, batuk-batuk, selsema, cirit, muntah-muntah, gatal-gatal kulit dan sebagainya. Jika timbul sebarang reaksi, makanan yang lain pula boleh diperkenalkan dengan cara yang sama.

Kesimpulan

Ketidakserasian terhadap bahan makanan sering juga dialami oleh kanak-kanak. Seseorang doktor perlu peka tentang kemungkinan berlaku ketidakserasian ini jika terdapat tanda-tanda seperti gatal-gatal kulit, cirit, muntah-muntah, keresahan dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan sesejenis bahan makanan. Suatu jenis makanan mungkin tidak serasi dengan seorang kanak-kanak tetapi tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada kanak -kanak lain. Masalah ini boleh diatasi dengan memastikan bahawa makanan-makanan yang menimbulkan ketidakserasian tidak diberi kepada kanak-kanak yang terlibat. Ubat-ubat tertentu boleh dibekalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan tanda-tanda yang disebabkan oleh ketidakserasian makanan.
credit to Dr Hamid Arshad

------------------------------------------------------------

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan/pesanan.

Energizing Soy Protein: Rahsia Kecantikanku

Energizing Soy Protein: Rahsia Kecantikanku

Kalau bab nak cantik, semuanya kebanyakan sinonim dengan wanita. Yela kita-kita ni la merangkap perempuan, isteri dan ibu. Produk kat luar sana memang sangat banyak, pilih saja mana berkenan, yang penting sediakan duit sahaja. Mari baca dulu apa kata seorang pengguna ni.
"Salam semua...
kite nk share skit kisah benar...gini, kita start minum esp last wk dlm bln pose..asal niat belikan utk kak long kite yg br lepas b'salin utk benefit dia..tapi disbbkan ade health prob.dia x jdk nk minum...so nak x nak kite la yg jdk bidan terjun, tukang abiskan...

alhamdulillah... dlm mase 3 minggu, kite dh dpt rase perubahan..kulit rase licin, jeragat makin pudar, selulit ilang..perut kempis...terase lemak2 terkumpul selama bermastautin dlm bdn dh x de...sluar yg dulu ketat, skarang dh bleh zip..."
Wah, dasat kan penangan Energizing Soy Protein ni. Semua dalam satu gitu. Nak kulit cantik, ok pass. Nak ramping, pass. nak hilangkan selulit, pass. nak buang lemak, pass. Memang best dan value for money omputih kata. Buat apa bazir duit beli produk banyak-banyak kalau hasil tidak memuaskan. Ambil Energizing Soy Protein sudah memadai.

Kenapa soya shaklee ini begitu dikagumi? Mari kita tengok secara generalnya kebaikan soya:

1. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
2. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid. 3. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
4. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.


Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran. 
credit
Ketahui lebih lanjut kebaikan Energizing Soy Protein di sini.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan/pesanan.
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Shaklee Collagen Powder: Terbaik antara yang terbaik

Shaklee Collagen Powder: Terbaik antara yang terbaik

Collagen Powder

Istimewa tau kolagen powder dari shaklee ni. Sebelum tu kena tahu dulu apa fungsi kolagen ye. Kolagen ni umpamakan gam yang melekatkan tisu-tisu dan tulang kita. Jika gam ini mula berkurang, maka kendurlah kulit maka penuaan pun terjadi. Kulit tak tegang lagi macam masa muda2 dulu, rambut yang dulunya hitam sudah mulai bertukar warna kepada putih, kulit kehilangan kelembapan dan tanda2 jeragat mulai muncul dan sebagainya.


Apakah kebaikan kolagen?

1. Anti Penuaan
2. Mengembalikan keanjalan
3. Melembab
4. Meningkatkan pergerakan
5. Mencerah
6. Menegang
7. Menyubur

Kenapa Collagen Powder Shaklee terbaik?

1. Kolagen Daripada Sisik Ikan Merah
Kolagen ni datangnya dari bnyk sumber, ada produk yang berasal dari tomato, blueberry, brokoli, rumpai laut mcm2 lah ..Tapi Kolagen Shaklee berasal dari sisik ikan merah..Kenapa ye?
Tahukah anda ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m (5km)? Makin dalam lautan tu makin tinggi tekanannya kan dan sebab tulah ikan biasa sukar untuk hidup dalam kedalaman tersebut. Berbeza dengan ikan merah, ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pound ( 9kg), bertelur dan hidup bebas dalam kedalaman tersebut. Sebab inilah ikan merah sumber kolagen terbaik dan tahan lasak:
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah


2. Jisim Molekul Yang Sangat Rendah
Jika anda lihat dalam gambar diatas, bilangan asid amino dalam molekul biasa (300000 dalton) sangat besar dan sukar diserap oleh tubuh..bukan tidak diserap langsung tetapi drpd 100% mungkin yang sampai kedlm sistem cuma beberapa %, secara mudahnya kurang dari 100%.
Berbeza dengan Collagen Powder, bilangan asid amino cuma 3 (1000 dalton) dan ini memudahkan penyerapan kedalam sistem badan. (Penyerapan Unggul) Jadi tiada yang terbazir dan kesan nya akan dapat dirasai lebih cepat!
Kolagen lain yang mempunyai jisim >300 000 dalton perlu melalui Stomach Digestion –> Intestinal Digestion –> Breakdown protein into amino acid..banyak kan prosesnye dan yang sampai ke lapisan dermis pun tidak 100%.
Shaklee Collagen Powder yg mempunyai jisim molekul 1000 dalton, sgt ringan dan mudah diserap ke lapisan dermis. HIGHEST ABSORPTION-WITHOUT DIGESTION

3. Lebih Daripada Hanya Kolagen
Lazimnya kalau kita beli kolagen, kolagen jelah kita dapat kan? Tapi berbeza dengan Shaklee ye..Shaklee Collagen Powder turut memberikan PENGHIDRATAN (MOIST), KEANJALAN (ELASTIN), DAN ANTIOKSIDAN.
Collagen Powder dilengkapi dengan asid hidraulik yang dapat mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. How cool is that?
Kolagen ikan, kerang-kerangan dan bakteria Lactobacillus acidophilus pula memberikan kesan elastik yang menakjubkan. Ianya mengekalkan keanjalan kulit tegang, boleh melantun apabila dicubit..Kehadiran bakteria baik ni turut membantu dalam penyerapan unggul!

Apa fungsi setiap bahan dalam Shaklee Collagen Powder? 


Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan/pesanan.
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Friday, 14 September 2012

Pesakit Strok Pulih Dengan Vivix Shaklee

Strok merupakan salah satu daripada punca kematian terbesar di Malaysia. Sesiapa sahaja berisiko mendapat penyakit ini, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes dialami oleh golongan dewasa.

Apakah itu Strok?

Strok merupakan serangan otak. Ia terjadi apabila terdapat gangguan kepada bekalan darah ke otak yang mengawal fungsi2 tubuh, setiap apa yang kita lakukan/buat, serta merupakan pusat saraf tubuh. Oksigen serta nutrien2 penting amat diperlukan oleh otak bagi membolehkan otak tersebut berfungsi dengan baik. Darah berperanan penting membawa bekalan oksigen serta nutrien2 ini ke otak. Apabila terdapat gangguan pada saluran darah seperti pecah atau tersumbat, darah tidak dapat disalurkan ke otak. Secara tidak langsung, bekalan oksigen dan nutrien juga akan terhenti dan mengakibatkan bahagian otak itu mula mati. Apabila itu terjadi, strok akan menyerang individu yang terbabit sehingga ada kes pesakit hilang upaya (lumpuh) seluruh badan dan membawa maut.

Vivix Shaklee Penawar Strok

Seperti yang diketahui juga, bukan mudah untuk seseorang yang diserang penyakit strok ini sembuh. Namun, ini tidak bermakna bahawa penyakit tersebut dapat disembuhkan. Jom kita baca perkongsian dari UmmuAinan tentang ibunya yang diserang oleh penyakit strok. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah ibunya semakin beransur pulih dengan mengamalkan Vivix Shaklee.
--------------------------
Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..

Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif.
--------------------------
Setiap usaha yang ikhlas pasti akan mendapat pertolongan Allah.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan/pesanan.
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Thursday, 13 September 2012

Vitamin Semulajadi vs Sintetik

Ada pelbagai jenis/jenama vitamin yang ada kat pasaran sekarang ni. Ada yang dalam bentuk tablet/pil, ada yang dalam bentuk cecair, ada jugak yang dalam bentuk serbuk. Apapun, kesemuanya tetap membekalkan badan dengan vitamin yang diperlukan.
Namun, yang membezakan antara kesemuanya adalah samada vitamin itu semulajadi atau sintetik (tiruan). Jom kita lihat perbezaan antara vitamin semulajadi dan sintetik.

1. Penghasilan

Vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi diperolehi dengan mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin sintetik dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia yang ada ciri2 seakan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya formula empirik bagi asid askorbik (vitamin C) adalah C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 seperti karbon, hidrogen dan oksigen ni boleh dihasilkan daripada apa2 bahan untuk menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian Dengan Badan

Vitamin semulajadi dihasilkan dari bahan2 makanan kita, so vitamin tu akan bertindak secara semulajadi, semestinya memberi kesan yang lebih baik kepada tubuh serta tidak mendatangkan kesan sampingan.
Vitamin sintetik tetap tidak dapat menyamai vitamin semulajadi apatah lagi makanan asli, walaupun mempunyai formula yang sama. Ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan dan tidak mustahil sekiranya tar yang digunakan untuk menurap jalan raya merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin sintetik.

3. Harga

Vitamin semulajadi sudah tentu lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi yang memerlukan kos bahan lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan kadang2 diberi secara percuma je.

4. Kesan Kepada Tubuh Badan

Vitamin semulajadi diekstrak dari bahan2 semulajadi, so ia tak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum, ia perlukan magnesium dan vitamin D.
Vitamin sintetik selalunya dibuat untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk 'solo' iaitu tidak dihasilkan dengan bahan lain yang diperlukan untuk vitamin tersebut bertindakbalas dengan sempurna. Contohnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D. Untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium tersebut kita terpaksa ambil magnesium dan vitamin D dari sumber yang lain. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

5. Kesan Jangka Panjang

Vitamin semulajadi semestinya tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilannya daripada bahan2 semulajadi/makanan kita.
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang akibat daripada ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri serta proses kimia yang dilakukan semasa penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik adalah ibarat bunga hidup dan bunga plastik. Sesiapa yang memang selalu beli bunga hidup sudah tentu tau harganya lebih mahal berbanding bunga plastik. Sememangnya bunga plastik itu lebih murah, senang dijaga dan tahan lama berbanding bunga hidup. Namun tidak dapat menyamai apatah lagi menandingi bunga hidup.

Bagaimana dengan Vitamin2 Shaklee?

Vitamin Shaklee sudah tentunya merupakan vitamin semulajadi. Tak percaya? Anda tengok pada label botol/canister vitamin Shaklee ada banyak nama2 kimia yang kita tak faham. Tapi sebenarnya ia adalah plant-derived, iaitu diperbuat daripada tumbuhan. Malah alcohol, glycerin dalam Shaklee adalah plant based.
So, gunalah vitamin2 Shaklee tanpa was2. Semestinya anda mahukan yang terbaik buat diri anda mahupun orang2 tersayang bukan :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 11 September 2012

Memperkenalkan Makanan Pertama Pada Bayi

Memperkenalkan Makanan Pertama Pada Bayi

solid food
Memperkenalkan makanan pertama pada bayi mungkin sukar terutama bagi ibu-ibu baru. Bila nak mula mungkin sudah ramai yang tahu tetapi hendak mulakan dengan makanan apa yang paling sesuai?

Jangan terlalu ghairah hendak mempelbagaikan jenis-jenis makanan pada bayi. Mulakan dengan 'cereal' atau puree buah seperti pear, pisang, sweet potato atau avocado. Tunggu sehingga beberapa hari seeloknya 4 hari sebelum memperkenalkan makanan baru pada si manja anda. Contohnya hari ini buat puree pisang, tunggu lagi 4 hari barulah tukar menu lain pula seperti puree avocado pula.

Ini kerana dengan menunggu beberapa hari, kita boleh melihat samada makanan tersebut sesuai dengan bayi, samada bayi mengalami alahan pada makanan tersebut atau tidak. Atau bayi mengalami cirit kerana makanan tersebut. Jika bayi tiada masalah, boleh teruskan dengan memperkenalkan makanan baru padanya.

Setelah beberapa bulan bayi sudah boleh menerima solid food, tawarkan bayi pelbagai makanan dalam sehari yang mengandungi:
* Susu badan
* Daging
* Cereal
* Buah-buahan
* Sayur-sayuran
* Telur dan ikan

Selain itu apa yang ibu-ibu mesti berwaspada:

Gula Dan Garam

Jangan berikan bayi anda terlampau banyak gula dan garam. Ini boleh beri kesan pada bayi mungkin giginya akan cepat rosak. Juga elakkan menambah sebarang penambah perisa kerana anda yang rasa sedap, bayi anda boleh je telan walau tanpa perasa bagai.

Elakkan Tercekik

Jangan bagi bayi anda makanan-makanan ini:
* Hot dog yang tidak dipotong
* Buah-buahan yang tidak dipotong kecil atau tidak dicincang halus
* Kekacang
* Marshmallow
* Pop Corn

Sememangnya saat memberi makanan pada si kecil satu pengalaman yang sukar dilupakan. Mengenangkan betapa comot si kecil makan, buatkan hati ibu puas dan gembira.

credit to sayangmama
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 7 September 2012

Awet Muda Dengan Vivix Shaklee

Awet Muda Dengan Vivix Shaklee

 
Laris sungguh Vivix bulan ni...mana taknya, dah la dapat penghantaran percuma, ada promo istimewa pulak tu.
 
Bagi mereka yang memang setia mengambil Vivix, sudah pastinya tahu kehebatan Vivix. Bagi mereka yang baru mendengar pasal Vivix, jom kita berkenalan dulu dengan Vivix.
 
 

Apa itu Vivix?

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.  Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
 
Kandungan polifenol hadir dalam pelbagai hasil tumbuhan seperti buah, sayur, dan juga teh herba sebagai salah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol ialah ia mengandungi komposisi antioksida yang membantu menentang pembentukan penyakit kronik.
 
Polifenol inilah yang berfungsi melindungi sel tubuh dari kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas dengan cara mengikat radikal bebas dari menyerang tubuh disamping mencegah inflamasi dan peradangan sel tubuh. Malah, ia juga menurunkan kadar risiko penyakit jantung, kanser dan alzheimer.
 
Keistimewaan Vivix ialah sifat antioksidannya yang kuat, dimana ia melindungi sel2 yang secara tidak langsung melambatkan penuaan sel dan mengekalkan awet muda...so boleh la jadi cantik menawan macam Ayu Raudhah :D
 
 
 

Manfaat Vivix

- Perlindungan antioksidan
- Menyokong sistem imun
- Menyokong kesihatan jantung
- Menyokong fungsi kardiovaskular
- Menyokong kesihatan otak
- Menyokong kesihatan sendi
- Kesihatan keseluruhan
 
 

Apa kata pengguna?

 
"Ponn ponnn...
Nak share ckit ni..hehe
Mak ayah sy dah ambik vivix masuk botol ke-3..
Td mak kol katanya ingatkn dah menopouse..mak period blk la....haish..jgn kamu dpt adik lg dah. Wakakaka :D
Jadi muda gitu.."
 
 
 
 
 
 Jom dapatkan Vivix anda sekarang dengan promo istimewa + penghantaran PERCUMA!
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
 
* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Thursday, 6 September 2012

Sembuh Diabetes Selepas 7 Bulan Amalkan Vivix Shaklee

Sembuh Diabetes Selepas 7 Bulan Amalkan Vivix Shaklee

Ada tak dikalangan ahli keluarga anda yang menghidap penyakit diabetes? Macam yang kita dah sedia maklum, bukan senang nak sembuh dari penyakit diabetes ni. Macam-macam ikhtiar yang sudah dilakukan demi memastikan badan bebas dari diabetes, namun tak semua ikhtiar tu mendatangkan kejayaan.
 
Namun, tak bermakna kita tak perlu ikhtiar langsung mencari penawar penyakit diabetes ni. Saya kongsikan cerita tentang seorang bekas pesakit diabetes yang telah bebas sepenuhnya dari penyakit itu dengan mengamalkan pengambilan Vivix Shaklee.