Sunday, 21 August 2011

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu


Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.

Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.
 
Bagaimana Otak Berfungsi
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.


Tuesday, 16 August 2011

11 Tips Rahsia Menjayakan Penyusuan Di Bulan Puasa

Salam ibu-ibu semua,

Dalam pada sedang rehat2 habiskan masa rehat kat pejabat, sempat juga intai2 internet untuk dapatkan ilmu. Rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan 11 tips rahsia menjayakan penyusuan jika berpuasa khas buat ibu-ibu yang sedang berjuang sepanjang bulan puasa ni. Kredit to mamafaiz di atas tips ni.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

Friday, 12 August 2011

Power Pumping - adakah sepower namanya?

Power Pumping - adakah sepower namanya?

Salam Ramadhan semua. Sekejap rasanya masa berlalu dah masuk minggu kedua kita berpuasa kan. Moga semua ibu-ibu dapat menjalani ibadah puasa dengan ceria gembira dan sihat. Jom kita kongsi cerita tentang POWER PUMPING pulak hari ini.

Mungkin ada kalangan ibu yang sedia maklum apa itu POWER PUMPING kan? Kalau yang sudah tau, boleh juga baca sekadar untuk hiburan hehehe...
 
Untuk yang belum tau apa itu POWER PUMPING, sila baca sampai habis ye.

APAKAH ITU POWER PUMPING?

- ianya adalah satu teknik/cara mengepam yang boleh membantu para ibu meningkatkan hasil pengeluaran susu.

Monday, 8 August 2011

Performance Drink

Performance Drink


Ramai yang bertanya, "Performance Drink tu apa ye?". So harini saya nak kongsikan buat pengetahuan semua.
Kebaikan Performance Drink:

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

Saturday, 6 August 2011

Vitamin Shaklee Terbukti Berkesan

Vitamin Shaklee Terbukti Berkesan

Gembira tak terkata apabila mendapat sms dari kedua-dua pengguna vitamin Shaklee ini. Kedua-dua pengguna ini baru sahaja beberapa hari mengambil vitamin Shaklee yang dicadangkan iaitu Vitalea, Alfalfa, Vitamin C, B Complex dan ESP telah mendapat kesan yang memberangsangkan hasil pengambilan supplement ini. Namun harus diingatkan, kesan supplement ini berbeza-beza pada setiap individu...ada yang cepat dapat kesannya, ada juga telah ambil 2 minggu baru dapat kesannya.

Kalau nak baca sms-sms tu, sila tengok di bawah..



Takkan cuma nak baca testimoni ibu-ibu yang lain. Alamilah sendiri...

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.