Sunday 27 November 2011

Kategori Vitamin

Kategori Vitamin

Dalam banyak-banyak vitamin yang kita ambil, adakah kita tahu secara lebih detail bagaimana vitamin dikategorikan?

Secara ringkasnya vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu vitamin LARUT AIR dan VITAMIN LARUT LEMAK.

VITAMIN LARUT AIR contohnya Vitamin C dan Vitamin B group.
VITAMIN LARUT LEMAK contohnya Vitamin A, D, E & K.

Vitamin larut air biasanya tidak disimpan dalam badan dan mudah dikeluarkan oleh badan melalui urine.Vitamin larut lemak pula akan disimpan di dalam lemak badan dan juga hati.Dengan itu pengambilan vitamin larut lemak haruslah berpada-pada, jangan sampai melebihi dos.

Tuesday 22 November 2011

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Dua hormon yang berkait rapat dengan penyusuan ibu adalah hormon PROLAKTIN DAN OXYTOXIN. Jom kita sama-sama tengok apakah dia:

PROLAKTIN
Hormon yang penting untuk penghasilan susu. Sesudah melahirkan, hormon prolaktin akan berada pada tahap tertinggi dalam badan sebagai persediaan untuk menghasilkan susu badan pada ibu. Prolaktin ini bukan sahaja membanyakkan susu tapi juga bertindak sebagai hormon mencegah hamil. Kenapa? Sebab ianya menyekat pengeluaran 2 hormon ovulasi iaitu FSH dan GnRH.Ia meyebabkan ovulasi tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan pengeluaran haid terganggu. Sebab itu ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama,boleh menghalang kehamilan.

Tuesday 15 November 2011

Beza Antara Ubat dan Supplement

Beza Antara Ubat dan Supplement

Ramai yang tak faham, even pharmacyst pun (sorry to say tapi it’s reality sebab dapat pengakuan dari pharmacyst sendiri), iaitu perbezaan antara ubat dan supplement. Orang dok ingat ubat = supplement. Yelah, mungkin sebab datang dalam bentuk yang sama –> pil. Tapi hakikatnya memang tak sama dan takkan sama.

Saya petik dari website BabyFit untuk menunjukkan perbezaannya:
  • Check with your doctor and your baby’s pediatrician before taking any medications.
  • Do not take recreational drugs.
  • Take a vitamin-mineral supplement especially formulated for pregnant and breastfeeding mothers.

Thursday 10 November 2011

What's In Breast Milk?

What's In Breast Milk?

Artikel ini saya copy paste dari http://www.americanpregnancy.org


The American Academy of Pediatrics (AAP) strongly recommends exclusive breastfeeding for the first six months of life and that breastfeeding continue for at least 12 months. It is optimal for both babies and mothers. For babies it can protect against infections and reduce the rates of later health problems including diabetes, obesity, and asthma.

Wednesday 9 November 2011

Saya Perlukan Supplement Semulajadi!

Saya Perlukan Supplement Semulajadi!

Ye betul, saya memang perlukan supplement untuk keperluan tubuh badan saya. Kenapa? Sebab saya tak yakin apa yang saya makan betul2 berkhasiat ke, khasiat yang saya dapat dari makanan tu memenuhi keperluan tubuh saya ke, nak2 lagi saya ni jenis yang memang tak suka makan sayuran hijau...saya lebih sukakan sayuran yang keras macam kobis, lobak etc...sedangkan saya tahu khasiat yang sayuran hijau bekalkan...tapi, tetap tak gemar makan sayuran hijau...sekali sekala makan...itu pun lebih suka makan sayuran hijau yang lebih kepada ulam-ulaman.

Sunday 6 November 2011

Pentingkah DHA dalam susu?

Pentingkah DHA dalam susu?

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk membeli susu tepung yang mengandungi DHA. Juga tidak ketinggalan pengeluar susu juga berlumba-lumba untuk menambahkan DHA dalam susu keluaran mereka hinggakan macam-macam jenis yang dijual di pasaran, 5x DHA, lebih 5X, 10X (ada ke heeehe). Jangan tak percaya ada ibu-ibu yang terlampau obses sanggup berjam-jam membelek tin susu hanya untuk mengira berapa banyak DHA yang ada dalam susu tersebut.
 
Namun tidak ramai yang tau apa itu DHA? Pentingkah DHA? Benarkah DHA mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak?

Friday 4 November 2011

Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

Perkongsian untuk para ibu yang selalu travelling. Resepi ni saya cedok dari MommyLyna :)

Dulu dengan anak pertama dan kedua, saya tak risau sangat tentang makanan semasa travelling- sebab kami jarang travel :D Maksudnya jarang bercuti atau ke luar daerah bersama-sama dengan bayi. Paling tidak, bila mereka dah besar dan dah boleh makan makanan biasa. (travelling di sini ialah berada di luar rumah untuk tempoh lebih dari sehari).

Namun, alhamdulillah, kami diberi kemudahan untuk cuti-cuti Malaysia sejak Danny berumur 50 hari. Lalu, apabila Danny mula diberi makanan pejal, haruslah saya memikirkan untuk makanannya semasa travelling. Maklum saja, bukan semudah di rumah untuk menyediakan makanannya.

Thursday 3 November 2011

Kelebihan Alfalfa - mengubati keputihan wanita

Kelebihan Alfalfa - mengubati keputihan wanita

Ramai ibu yang menyusu sudah mengenali alfalfa sebagai penggalak susu.  Ibu2 tersebut juga turut mengamalkan pengambilan vitalea, vitamin c, b complex, esp dan ostematrix bersama2 alfalfa untuk kesihatan badan yang lebih menyeluruh serta memenuhi keperluan badan ibu sendiri.

Sebilangan ibu mengambil vitamin2 ini mengakui bukan sahaja dapat membantu pengeluaran/peningkatan susu malah kebaikan lain yang didapati adalah badan lebih bertenaga dan tidak mudah penat walau seharian penat bekerja dan juga menjalankan tugas sebagai seorang ibu.

Tahukah anda apa lagi kelebihan alfalfa ini? Salah satu yang saya ingin kongsikan adalah membantu masalah keputihan pada wanita. Apa penyebab keputihan ini terjadi? Ramai juga di kalangan wanita mengambil mudah dan merasakan keputihan adalah sesuatu yang remeh tanpa memikirkan akibat yang boleh berlaku jika diabaikan.

Jom baca lebih detail apakah sebenarnya keputihan ini. Info dipetik dari klik4sihat:

Apakah itu keputihan?


Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Penyebab keputihan wanita yang abnormal:


>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

>> Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

>> Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:


>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Bertindaklah dari sekarang bagi mengatasi masalah keputihan sebelum ianya menjadi masalah yang lebih teruk. Cuba sendiri baru anda tau kesannya. Jom tengok testimoni mereka yang mengamalkan alfalfa:

Berminat untuk mencuba?
credit

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.